Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Petrol Percuma Untuk Nelayan...

YAN - Kira-kira 300 nelayan miskin di Kedah menerima bekalan minyak percuma berjumlah...

Tunggu SOP Arab Saudi...

SHAH ALAM - Agensi pengelola umrah disaran menunggu prosedur operasi standard (SOP) yang...

Istana Mahu Sekat Komen...

SELAIN Ratu Elizabeth, nama dua lagi wanita dalam keluarga diraja Britain iaitu Meghan...

Muhyiddin Positif COVID-19

KUALA LUMPUR : Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN), Tan Sri Muhyiddin Yassin, disahkan...

Tauke Sawit Hadapi Tuduhan Gubah Wang Haram RM9j

KENINGAU – Seorang ahli perniagaan yang memiliki sebuah syarikat kelapa sawit mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Keningau, Sabah atas tuduhan menerima wang berjumlah RM8,996,000.

How Kim San, 55, dituduh menerima wang berjumlah RM8,996,000 melalui enam keping cek yang merupakan hasil daripada aktiviti haram. Tertuduh didakwa melakukan kesalahan tersebut antara 29 Mei 2013 hingga 23 September 2013 di sini.

Beliau didakwa mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 yang boleh dijatuhkan hukuman penjara sehingga lima tahun dan denda tidak melebihi RM5 juta atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Ini merupakan pertuduhan kedua terhadap How selepas dia bersama bekas Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Negeri Sabah (SLDB), George@Juaari Majid, 63, yang masing-masing didakwa melakukan pecah amanah dan bersubahat melakukan pecah amanah di Mahkamah Seksyen Kota Kinabalu, semalam.

Hakim Abu Bakar Manat menetapkan jaminan RM100,000 dengan dua penjamin tempatan.


Kes tersebut akan dibicarakan pada 27 Oktober bersama-sama pertuduhan terhadap How dan George di Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu, semalam.

Pendakwaan bagi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Akram Gharib manakala tertuduh diwakili peguam Sugumar Balakrishnan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori