Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Tong Sampah Unik Didik...

SEBUT sahaja tong sampah, pasti ramai membayangkan bekas kotor, jijik, berbau dan sebagainya...

Tony Pua Jumpa Azmin:...

SHAH ALAM - Nampak gaya, ramai begitu teruja dan tertunggu-tunggu kemungkinan ada berita...

Anak Normah Kantoi Tak...

SIAPA tak kenal Liana Rosli? Anak perempuan pelakon veteran Normah Damanhuri yang berulang-kali...

PAS Nafi Mahu Wujud...

SHAH ALAM - Ketua Penerangan PAS, Kamaruzaman Mohamad menafikan parti itu mahu mewujudkan...

Taylor Swift, Tom Hiddleston Putus Cinta

PENYANYI Taylor Swift dilaporkan sudah putus cinta dengan kekasihnya, aktor British, Tom Hiddleston hanya selepas tiga bulan menyulam kasih di antara satu sama lain.

Menurut sumber Enews, Taylor memutuskan hubungan kerana merasakan kekasihnya itu mahu menjadikan hubungan mereka lebih terbuka di mata umum dan dia tidak bersetuju dengan hal tersebut.

Pasangan itu menjadi tumpuan kerana tak sampai dua minggu selepas Taylor putus dengan Calvin Harris, penyanyi Blankspace itu sepantas kilat telah berjaya menemui penggantinya iaitu Tom yang cukup terkenal dengan watak Loki dalam filem Thor.

Mereka dikesan keluar berpacaran di sebuah pantai dan bercium mesra sehingga ia menimbulkan rasa bengang Calvin yang berasakan telah dikhianati dan dicurangi bekas teman wanitanya sendiri.

Taylor sendiri merupakan antara selebriti wanita yang sering dicemuh kerana gemar bertukar pasangan seperti bertukar pakaian.


Antara senarai bekas-bekas kekasihnya sepanjang dia bergiat aktif dalam bidang seni sejak 12 tahun lalu ialah Joe Jonas, Taylor Lautner, Jake Gyllenhall, John Mayer, Harry Styles, Calvin Harris dan yang terbaharu, Tom Hiddleston.

taylor2
Kenangan Taylor bersama bekas-bekas teman lelakinya.

Lepas ini agak-agaknya selebriti mana yang bakal memasuki senarai ya? – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori