Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

3 Negeri Bina Politeknik...

BESUT - Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) telah menerima peruntukan berjumlah RM420 juta daruipada...

Cub Prix: Kasma Juara...

TAIPING - Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia Petronas 2016 yang berakhir di sini...

Polis Tahan Suami Mabuk...

MIRI - Polis menahan seorang suami yang dipercayai membelasah isterinya dengan sekeping kayu...

Malaysia Keluar Nota Bantahan,...

KUALA LUMPUR - Kementerian Luar akan mengeluarkan nota diplomatik kepada kerajaan China bagi...

Terap Aspek Kebijaksanaan Selesai Masalah Kehidupan

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi berkata aspek kebijaksanaan harus diterapkan dalam menyelesaikan masalah kehidupan dan kesejahteraan manusia.

Beliau berkata dengan adanya penerapan aspek kebijaksanaan, ia akan membawa penyelesaian yang lebih baik bagi sesuatu permasalahan.

“Melalui perbincangan dan pertukaran pandangan, kebijaksanaan akan diperkaya dan seterusnya dihargai oleh orang ramai di seluruh dunia dan dibawa ke dalam alaf yang akan datang,” katanya semasa berucap merasmikan Seminar Antarabangsa Mengenai Kebijaksanaan Budaya dan Agama di Kampus Universiti Islam Malaysia (UIM) di Cyberjaya hari ini.

Presiden UIM Tan Sri Dr Mohd Yusof Noor pula berkata pendekatan sistematik bagi membangunkan kebijaksanaan sebagai sikap dan kemahiran adalah amat diperlukan.

“Saya rasa universiti akan menjadi institusi yang paling sesuai untuk menjana dan mereka bentuk bidang pengajian baharu yang akan dikenali sebagai ‘Kebijaksanaan Gunaan’.

“Saya percaya ia akan meningkatkan semua bentuk usaha untuk menambah kestabilan dan perpaduan di dunia kita,” katanya.


Menurut kenyataan UIM, seminar anjurannya yang berlangsung dua hari bermula hari ini, mendapat sambutan menggalakkan dengan kehadiran pembentang kertas kerja antaranya dari Algeria, Tunisia, Yemen, Mesir, Iran, Indonesia dan Malaysia.

Seminar kali pertama itu dikendalikan di dalam tiga bahasa iaitu Melayu, Inggeris dan Arab bertujuan membina kandungan bagi jilid pertama dan kedua UIM Encyclopedia of Wisdom (UIM EOW) yang dijangka diterbitkan pada akhir 2019.

Ia menumpukan kepada dua tema khusus iaitu kebijaksanaan dalam pemikiran, penulisan dan tindakan orang Timur serta kebijaksanaan daripada pelbagai agama seperti Islam, Kristian, Buddha, Hindu, Confucius dan Taoism.

Antara tiga tokoh terkemuka yang menyampaikan ucap tama adalah Kursi Kepimpinan Islamik, Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak dan Felo Pelawat Pusat Pengajian Islam, Universiti Cambridge, United Kingdom Ahmad Keeler. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori