Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Wong Kecewa Bekalan Elektrik...

SIBU – Menteri Kewangan Kedua Sarawak Datuk Seri Wong Soon Koh melahirkan rasa...

Laporan Myscan Platform Rujukan...

KUALA LUMPUR - Laporan ‘Malaysian Study on Cancer Survival’ (MyScan) yang pertama di...

Kekalkan Perpaduan, Mentaliti Menang...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri merangkap Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak...

Piala AFF – Komen...

Cuba lihat komen di atas....apa yang anda dapat rumuskan?Thailand menang piala AFF Suzuki...

#TerbangLatifTerbang Sokongan Padu Rakyat

KUALA LUMPUR – Kejayaan Abdul Latif Romly meraih pingat emas ketiga negara serta mencipta rekod dunia di Sukan Paralimpik Rio de Janeiro, semalam mendapat sokongan padu rakyat Malaysia di media sosial.

Kejayaan anak muda berusia 19 tahun itu dalam acara lompat jauh T20 (masalah pembelajaran) mendapat perhatian segenap lapisan rakyat yang berkongsi kegembiraan dan ucapan tahniah di laman sosial termasuk di Twitter dan Facebook dengan menggunakan #TerbangLatifTerbang.

Semakan di Twitter menunjukkan nama ‘Abdul Latif’ disebut lebih 15,000 kali, selain penggunaan #terbanglatifterbang ratusan kali dalam kalangan netizen yang berkongsi kejayaannya menghadiahkan emas ketiga buat Malaysia di temasya itu.

Abdul Latif mencatat rekod dunia dengan catatan 7.60 meter pada lompatan kelima di Stadium Olimpik, Rio de Janeiro pada Ahad.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin menerusi catatan di Twitternya mencatat: “Emas ketiga untuk Malaysia! Berjaya pecahkan rekod dunia tiga kali.

“Ya, tiga. Tak payah tulis apa lagi dah. Latif Romli, you are a LEGEND! Totally luar biasa SUPER HUMAN!”

Turut berkongsi kegembiraan ialah pemenang pingat perak Sukan Olimpik Rio, Pandelela Rinong yang menyifatkan kejayaan anak jati Perlis itu sebagai amat membanggakan.

“There you go #LatifRomly just won the gold for #Malaysia! So proud of you.#paralympics #malaysiaboleh #soproud, he’s so fly,” kata penerjun negara itu menerusi akaun Twitternya.

Sementara itu, penyanyi Altimet menerusi laman Facebooknya berkata, “#terbanglatifterbang, hero kami terbang. 3 kali pecahkan rekod dunia hari ni. Pingat emas ke-3 #Malaysia. Terimalah Kasih, Latif Romly. #jaguh.”


Seorang lagi pengguna Facebook, Ahmad Affzan Abdullah mengucapkan tahiah atas kejayaan Latif dengan menulis, “Emas ketiga untuk Malaysia dan rekod dunia dengan lompatan sejauh 7.60m! Tahniah Abdul Latif Romly.”

Rekod dunia terdahulu iaitu 7.35m adalah milik Abdul Latif sendiri yang dicatat pada Kejohanan Olahraga Dunia IPC di Doha, Qatar pada 2015, manakala rekod Sukan Paralimpik sebelum ini dipegang Jose Antonio Exposito Pineiro dari Sepanyol yang melakukan lompatan sejauh 7.25m pada edisi 2012 di London.

Pada petang Sabtu waktu tempatan (awal pagi Ahad waktu Malaysia), Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi meraih emas pertama negara melalui acara 100m T36 lelaki (cerebral palsy) dengan masa 12.07s manakala Muhammad Ziyad Zolkefli merangkul emas lontar peluru F20 (masalah pembelajaran) dengan rekod baru dunia 16.84m.

Dalam pada itu, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datin Chew Mei Fun turut mengucapkan tahniah kepada tiga wira negara tersebut.

“Kita bangga dengan pencapaian mereka. Sebagai atlet kelainan upaya, mereka berdepan banyak cabaran berbanding atlet normal apabila bersaing secara kompetitif dalam sukan.

“Mereka memerlukan stamina dan ketahanan yang tinggi,” kata naib presiden MCA itu menerusi kenyataan hari ini. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori