Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Afrika Digugur Lokasi Ujian...

GENEVA - Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Tedros Adhanom Ghebreyesus semalam berkata,...

Tindakan Pantas Pekerja Selamatkan...

KOTA SAMARAHAN - Tindakan pantas pekerja memadam api di sebuah pam telah menyelamatkan...

Inikah Wajah Terbaharu Celine...

TUBUH yang kurus selain wajah cengkung Celine Dion mencetus persoalan dalam kalangan penghibur...

Romania Tolak PM Wanita,...

BUCHAREST - Presiden Romania semalam menolak cadangan parti berhaluan kiri yang menang pilihan...

Tewas 3-0: OKS Silap Pilih Pemain?

KUALA LUMPUR – Jurulatih kebangasaan, Datuk Ong Kim Swee dikecam berikutan kekalahan mengaibkan pasukan negara sewaktu bertemu skuad Indonesia semalam.

Laman Facebook penyokong tegar bola sepak Malaysia, Harimau Malaya berkata, Kim Swee masih melakukan kesilapan dengan memilih pemain berdasarkan pengalaman mereka.

“OKS (Kim Swee) masih naif dalam pemilihan pemain. Dia bukan pilih pemain ikut prestasi semasa tetapi ikut pengalaman pemain yang pernah mewakili negara walaupun pemain itu hanya panaskan bangku simpanan. Sangat menyedihkan,” kata laman Facebook itu semalam.

Malaysia tewas 3-0 kepada pasukan Indonesia dalam aksi persahabatan kelas A di Stadium Manahan Solo malam tadi.

Gol pasukan Indonesia diperoleh hasil kesilapan mudah dilakukan barisan pertahanan.


Laman Facebook Harimau Malaya berkata, alasan pemain sakit perut dan belum ada keserasian adalah alasan retorik yang tidak wajar dibangkitkan lagi.

“Objektif perlawanan ini sepatutnya untuk perbaiki kedudukan ranking negara dan kita kena turunkan barisan terbaik, tapi kalau asyik kalah sampai ‘kiamat’ pun ranking Malaysia tidak akan naik,” kata laman Facebook itu. – mynewshub.cc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori