Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Usah Terburu-Buru Ratifikasi 6...

KUALA LUMPUR - Kerajaan digesa supaya tidak tergesa-gesa dalam membuat keputusan meratifikasi enam...

Pengusaha Stesen Minyak Setuju...

PUTRAJAYA - Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM) bersetuju dengan pendekatan baharu penetapan...

Pemuda PAS Perak Minta...

KUALA LUMPUR - Dewan Pemuda PAS (DPP) Perak meminta kerajaan negeri memasukkan peruntukan...

Tolak Kemasukan Pelayar Israel...

LANGKAWI - Kejayaan Malaysia menarik jumlah penyertaan paling ramai dalam Kejohanan Layar Remaja...

TG Haron Din Selamat Dikebumikan Di California

KUALA LUMPUR – Jenazah Mursyidul Am PAS, Datuk Dr. Haron Din selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Five Pillars, 1761 Laughlin Road, Livermore, California, Amerika Syarikat.

Jenazah Allahyarham Haron, 76, disemadikan pada pukul 5.57 petang Jumaat waktu tempatan (8.57 pagi Sabtu waktu Malaysia) selepas selesai solat jenazah yang diimamkan anaknya, Hamdi di Masjid An Noor Santa Clara, San Francisco.

Haron meninggal dunia pada 10.10 pagi semalam (waktu Malaysia) di Hospital Stanford University, San Francisco akibat komplikasi jantung.

Allahyarham dimasukkan ke hospital berkenaan bagi mendapatkan rawatan lanjut berhubung masalah jantung yang dihidapinya.

Mengikut catatan salah seorang anaknya, Dr. Huda pada pukul 11.40 pagi waktu tempatan (2.40 pagi waktu Malaysia), jenazah bapanya dimandi dan dikafankan di Masjid An Noor, Santa Clara.

“Jasad mulia baba sedang disempurnakan di Masjid An Noor, Santa Clara sekarang. Solat jenazah di Masjid Muslim Community Association selepas solat Jumaat hari ini sebentar lagi. Akan disemadikan di tanah perkuburan Islam Five Pillars Farm Livermore,” katanya.

Urusan menyempurnakan jenazah selesai pada jam 1.10 tengah hari waktu tempatan (4.10 pagi waktu Malaysia) dan menurut Dr. Huda, segala-galanya dijalankan dengan penuh penghormatan, maruah serta kasih sayang.

Jenazah Haron tiba di Masjid Muslim Community Association pada pukul 1.25 tengah hari waktu tempatan (4.25 pagi waktu Malaysia),

Seorang lagi anak Allahyarham, Najmi, berkongsi catatan memaklumkan solat Jumaat dan solat jenazah selesai pada pukul 2.21 petang waktu tempatan (5.21 pagi waktu Malaysia), dengan merujuknya sebagai `perjalanan yang semakin hampir ke pengakhiran’.

Dr. Huda turut memuat naik entri pada pukul 2.24 petang waktu Malaysia (5.24 pagi waktu Malaysia) dan memaklumkan solat jenazah diimamkan oleh adiknya, Hamdi, yang kini menggalas tanggungjawab sebagai ketua keluarga.

Dr. Huda berterima kasih kepada semua pihak yang membantu melancarkan majlis pengkebumian jenazah bapanya itu.

“Alhamdulilah…. tempat rehat baba (Allahyarham Haron) dan bersemadinya jasad baba yang mulia. Sempurna dengan bantuan insan-insan yang membantu tanpa soal jawab dan tak mengira apa jua. Terima kasih daripada kami sekeluarga,” katanya menerusi laman sosial Facebook.


haron4

haron1

haron2

haron3

Huda berkata beliau terkejut dengan kehadiran orang ramai yang merakamkan ucapan takziah di atas pemergian bapanya itu.

“Ramai jemaah masya-Allah… jemaah solat Jumaat tiga lapis. Alhamdulillah.. Tsummalhamdulilahh Tsummalhamdulilah.. Berebut-rebut jemaah datang memeluk dan menyantuni takziah pada kami.

“Terpana!!! Tidak sangka, tidak pernah bersua…tidak pernah bersapa… tidak kenal siapa, cuma ukhuwwah fillah… hangatnya persaudaraan di sini,” katanya.

Solat jenazah ghaib diadakan di beberapa tempat antaranya di Madrasah Addiniah Al-Islamiah (MADI), Kampung Jejawi Dalam, Arau, Perlis dan di Masjid Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah, Shah Alam hari ini. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori