Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Kereta ‘Hypercar’ Termahal Dunia...

BERLIN - Insiden nahas ini mungkin dianggap sebagai antara rekod kemalangan jalan raya...

3 Hospital Di Melaka...

MELAKA - Kementerian Kesihatan sedang menaik taraf tiga hospital di Melaka sebagai hospital...

Awasi Anak-Anak, Elak Pengaruh...

ARAU - Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail hari ini mengingatkan ibu bapa agar mengambil berat serta memantau anak-anak masing-masing bagi mengelakkan mereka terpengaruh dengan dakyah kumpulan militan yang disebarkan...

Terowong MRT Bawah Tanah...

KUALA LUMPUR - Pembinaan dua terowong berkembar MRT di bawah Jalan Bukit Bintang...

TH Ziarah Keluarga Jemaah Haji Meninggal Di Makkah

SHAH ALAM – Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini menziarahi waris jemaah haji Malaysia, Allahyarham Razif Jalil di Seksyen 19 di sini, yang meninggal dunia di Makkah pada 20 September lepas.

Razif, 64, meninggal dunia di Hospital King Faisal, Makkah pada pukul 5.30 petang (waktu Arab Saudi) akibat jangkitan kuman di paru-paru dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Syaraek Makkah.

Kunjungan Ahli Lembaga Pengarah TH Datuk Rosni Sohar itu turut disertai Pengurus Cawangan TH Shah Alam Mohd Amin Man dan beberapa petugas TH yang lain.

Bercakap kepada pemberita kemudiannya, Rosni berkata pihak TH telah menguruskan jenazah dan pengebumian Allahyarham di Tanah Suci.

“Proses pengebumian Allahyarham berjalan dengan lancar…kami menziarahi keluarga Allahyarham hari ini dengan memberi sedikit sumbangan termasuk khairat kematian,” katanya.

Beliau berkata setakat ini, sebanyak 25 kematian dilaporkan membabitkan jemaah haji Malaysia yang telah meninggal dunia di Makkah dan Madinah akibat faktor kesihatan.

Sementara itu, Ramlah Brahim, 54, yang turut sama mengerjakan ibadah haji bersama arwah suaminya itu berkata Razif meninggal dunia selepas hampir seminggu koma ketika dirawat di hospital.


“Selepas pulang ke bilik (penginapan) selepas kami mengerjakan ibadah melontar pada hari ketiga di Mina, suami mengadu cirit-birit dan muntah-muntah dan kami ke klinik Tabung Haji untuk mengambil ubat.

“Bagaimanapun kira-kira pukul 2 pagi selepas itu, dia terjatuh dalam bilik air dan akhirnya terpaksa dikejarkan ke hospital untuk mendapat rawatan lanjut kerana keadaan kesihatan arwah agak teruk,” katanya.

Ramlah berkata sikap suaminya sepanjang mereka melakukan ibadah melontar di Mina merupakan antara kenangan yang tidak mungkin dilupakan.

“Sepanjang tiga hari melakukan ibadah lontar, suami memegang erat tangan saya hingga pergelangan rasa sakit…bila saya mengadu sakit di tangan dia tetap juga pegang tangan saya kuat-kuat dengan alasan dia takut saya kehilangannya waktu melontar,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori