Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Sudah Jumpa Keluarga Nelydia,...

PENGACARA dan pelakon Qi Razali telah pun mendedahkan isi hatinya baru-baru ini ingin memperisterikan...

Utamakan Kebajikan Anggota SPAD...

KUALA LUMPUR - Kerajaan digesa memberi jaminan mengenai kebajikan anggota Suruhanjaya Pengangkutan Awam...

Pengurus Projek PPK Melaka...

MELAKA - Seorang pengurus projek di Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Melaka ditahan Suruhanjaya...

Paras Air Di Empangan...

CAMERON HIGHLANDS - Paras air di Empangan Sultan Abu Bakar di Lembah Bertam...

Think Tank PKR Selangor Dakwa Hisham Layak Jadi PM?

SHAH ALAM – Gagal hasut rakyat Malaysia ‘guling’ Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pembangkang kini beralih taktik kotor konon ada undian popular siapa layak menggantikan beliau.

Kelakarnya kaji selidik itu dikendalikan Institut Darul Ehsan (IDE), sebuah badan pemikir atau think tank kerajaan Selangor yang dikuasai PKR dan memang diketahui ada agenda tersirat sendiri dalam isu politik semasa tanah air.

Terbaharu, institut itu cuba menyaingi Merdeka Centre, yang sinonim dalam bidang pungutan pendapat rakyat; apabila mendakwa pengundi Selangor menyukai Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menggantikan Najib pula.

Naib Presiden UMNO itu dilaporkan menduduki carta tertinggi sebagai pilihan popular ramai pengundi negeri itu berbanding seorang lagi Naib Presiden yang juga Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

IDE mendedahkan konon kaji selidik yang dikendalikan itu mengukur persepsi pengundi di Selangor dengan diberi soalan kepada responden: “Pemimpin UMNO yang menjadi pilihan menggantikan Datuk Seri Najib Tun Razak?”

Think Tank PKR Selangor Dakwa Hisham Layak Jadi PM?

Populariti Menteri Pertahanan itu mendahului Ahmad Zahid, yang juga Menteri Dalam Negeri, namun dengan kelebihan undian tipis, hanya satu peratus, seolah-olah beri gambaran tiada jurang besar antara mereka berdua!

Lucunya, bancian itu cuma melibatkan sejumlah 1,761 orang responden yang ditemui secara bersemuka berbanding keseluruhan lebih enam juta penduduk atau hanya bersamaan 0.03 peratus daripada warga negeri berkenaan.

Kononnya IDE mendedahkan bahawa 32 peratus responden memilih Hishammuddin sebagai Perdana Menteri yang ketujuh, manakala 31 peratus sahaja memilih Ahmad Zahid sekali gus bakal menjadi presiden baharu UMNO.

Menariknya, IDE mendakwa Ahmad Zahid lebih popular dalam kalangan pengundi warga emas berusia 51 hingga 60 tahun dan ke atas, manakala Hishammuddin pula pengundi dewasa dalam lingkungan usia 31 hingga 50 tahun.


Think Tank PKR Selangor Dakwa Hisham Layak Jadi PM?

Dalam analisis sokongan kepada ikon politik di Malaysia itu, pemimpin ketiga paling popular menurut bancian IDE ialah Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin yang juga Ketua Pemuda UMNO dengan 28 peratus responden.

Beliau turut popular dalam kalangan pengundi muda (21 hingga 30 tahun) diikuti oleh Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mustapa Mohamad (6 peratus) dan Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa (4 peratus).

Kajian dibuat IDE dari 26 hingga 30 Ogos lalu di seluruh Selangor bukan sahaja diragui ketulenannya, malah boleh disifatkan cuba ‘lawak bodoh’ bagi mengadu domba sokongan 3.5 juta ahli UMNO terhadap kepimpinan Najib.

Bancian pelik IDE itu bahkan dianggap sebagai strategi terdesak kerajaan Selangor yang dilanda pelbagai kemelut politik termasuk isu pilihan raya negeri lebih awal susulan proses persempadanan semula kawasan seluruh negara.

Mungkin ada baiknya IDE melakukan kaji selidik: Siapakah jadi pilihan ganti Mohamed Azmin Ali sebagai menteri besar baharu selepas digelar sebagai ‘bodoh’ oleh Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua? – Mynewshub.cc/HAA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori