Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Filem Pemerintah Junta Thailand...

BANGKOK – Selepas bertindak tegas menahan ramai aktivis prodemokrasi yang menayang simbol salam...

Najib Temui Abdul Hadi...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak dan Presiden PAS Datuk Seri...

Arab Saudi Nafi Putera...

ARAB Saudi menafikan laporan yang mendakwa putera mahkota negara itu, Putera Mohammed Salman...

Perjanjian Perubahan Iklim Paris...

NEW YORK - Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) Ban Ki-moon pada Sabtu...

Tiada Unsur Rasuah Dalam Pemacu Pena TMJ – SPRM

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan tiada sebarang unsur rasuah yang terkandung dalam pemacu pena (pendrive) yang diserahkan oleh Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin.

Pengarah Siasatan SPRM Datuk Azam Baki dalam kenyataan berkata pihak SPRM telah melakukan penelitian terhadap isi kandungan pemacu pena tersebut dan mendapati ia tidak mengandungi sebarang unsur rasuah mengikut Akta SPRM 2009.

sprm

“Susulan itu, SPRM akan menghantar satu laporan mengenai siasatan tersebut kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dalam tempoh terdekat bagi proses penambahbaikan dan tindakan persatuan itu khususnya mengenai isu-isu teknikal yang dibangkitkan,” katanya di sini, hari ini.

SPRM juga bersedia untuk memberi kerjasama dengan FAM dan mana-mana pihak dalam hal berkaitan bagi membincangkan isu yang timbul sekiranya melibatkan unsur rasuah, katanya.


Pemacu pena yang didakwa mengandungi butiran rasuah dan salah urus FAM itu diserahkan Tengku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim pada 26 Ogos lepas kepada Khairy.

Menurut Khairy, Tunku Ismail yang juga pemilik kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) itu menyerahkan kepada beliau untuk melakukan sebarang tindakan dengan pemacu pena yang diserahkan itu.

Jumaat lalu, Khairy menyerahkan pemacu pena berserta senaskhah salinan kandungan laporan setebal 279 muka surat kepada Azam untuk membolehkan siasatan lanjut dijalankan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori