Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Lelaki Ini Minum Air...

PELIK tapi benar. Seorang lelaki warga China melakukan amalan jijik lagi meloyakan dengan...

Lelaki Ragut Wanita Ditahan...

GEORGE TOWN - Tindakan pantas polis bertindak mengejar dua lelaki yang meragut seorang...

Daftar Parti: PH Tarik...

KUALA LUMPUR – Pakatan Harapan hari ini menarik balik permohonan semakan kehakiman terhadap...

Lembu Bijak Lari Dari...

SEEKOR lembu dari Lettele, wilayah Overijssel, Belanda, baru-baru ini menjadi bintang media sosial...

Tiga Jagoan Buktikan Tiada Yang Mustahil Dalam Dunia

TIGA pingat emas dalam masa tak sampai 24 jam! Satu pencapaian terbaik yang pernah diraih atlet negara kita.

Lebih membanggakan kita apabila mendapati ia situasi yang berlaku dalam Sukan Paralimpik yang kini berlangsung di Rio de Janeiro, Brazil; temasya terbesar atlet istimewa dan lazim diadakan selepas tamat Olimpik musim panas.

Tiga anak muda: Mohamad Ridzuan Mohd. Puzi, Muhammad Ziyad Zolkefli dan Abdul Latif Romly; telah berjaya mengangkat nama Malaysia di mata dunia apabila lagu Negaraku akhirnya berkumandang megah di bumi samba.

Ia sekali gus menebus kehampaan setelah atlet normal nyaris melakar kejayaan apabila terpaksa berpuas hati dengan kutipan empat pingat perak dan satu gangsa.

Sekadar renungan, atlet Malaysia mula sertai Sukan Paralimpik sejak 1972 di Jerman namun tidak pernah menang apa-apa pingat kecuali 1 gangsa (Seoul 1988); 1 perak 2 gangsa (Barcelona 1992); 1 gangsa (Beijing 2008); serta 1 perak 1 gangsa (London 2012).

Kejayaan atlet kelompok Orang Kelainan Upaya (OKU) yang kurang diberi perhatian sebenarnya ternyata satu hikmah pencapaian luar biasa malah mereka merupakan antara penerima insentif sukan paling tinggi di dunia.

Sebagai pemenang pingat emas, tiga wira ini layak menerima insentif sebanyak RM1 juta seperti mana ditawarkan Majlis Sukan Negara (MSN) jika berjaya sama ada ketika Olimpik atau Paralimpik itu selain pencen seumur hidup sebanyak RM5,000 sebulan.

Mengikut rekod, Malaysia merupakan negara yang menawarkan insentif paling tinggi di dunia untuk atlet OKU yang berjaya menggenggam emas dalam sukan Paralimpik jika dibandingkan dengan negara-negara lain waima negara maju sendiri.

Bahkan mungkin ramai tidak tahu, Khairy Jamaluddin adalah individu bertanggung jawab pada 2013 lalu sebaik dilantik sebagai Menteri Belia dan Sukan, mengarahkan insentif lumayan untuk atlet Paralimpik mesti sama dengan atlet normal dalam temasya Olimpik.

Bayangkan ketika itu beliau sendiri terkejut dan menitis air mata apabila dimaklumkan atlet OKU hanya layak terima 30 peratus sahaja ganjaran di bawah Skim Hadiah Kemenangan Atlet Malaysia kerana Paralimpik dianggap sebagai tiada kelas!

Paling unik, jika sebelum ini ramai pihak yang tidak berapa buka mata dengan prestasi atlet-atlet luar biasa ini, tetapi sekarang pelbagai pihak termasuk syarikat swasta sudah mula memandang akan kebolehan bakat cemerlang yang dimiliki jagoan negara tersebut.

Antaranya, pengeluar automotif Naza Corporation Holdings telah mengumumkanpemberian ganjaran berbentuk sebuah kereta Kia Sportage kepada atlet yang berjaya menggengam emas selain ibadah umrah dengan ibu bapa ditawarkan Kumpulan DRB Hicom.

Selain itu, semalam juga Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Air Asia, Tan Sri Tony Fernandes telah mengumumkan ganjaran tiket penerbangan percuma seumur hidup kepada mereka bertiga sama seperti dinikmati atlet emas Olimpik dari rantau ASEAN.

Kemenangan trio jagoan OKU ini bukanlah satu perkara yang mudah jika tidak disertai dengan azam dan semangat juang yang tinggi.

Daripada mereka juga kita belajar, sesuatu perkara itu tidak mustahil untuk digapai sekiranya disusuli dengan usaha dan tekad yang tidak berbelah bahagi bagi mengejar sesuatu perkara yang diidamkan.

Untuk mengenali dengan lebih lanjut mengenai latar belakang ketiga-tiga wira Malaysia ini, Mynewshub berkongsikan serba ringkas coretan trivia mereka untuk tatapan anda semua:

Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi
Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi, menang emas acara 100m T36 (celebral palsy).

Enam Perkara Yang Anda Perlu Tahu Mengenai Mohamad Ridzuan:

1. Mohamad Ridzuan; 29, dilahirkan di Perlis,

2. Dia disahkan doktor menghidap penyakit cerebral palsy ketika berusia satu tahun,

3. Mohamad Ridzuan aktif dalam sukan olahraga sejak di bangku sekolah dan bakatnya mula dikesan sejak 2004,

4. Kemunculan pertama Mohamad Ridzuan sebagai atlet profesional ialah di ASEAN Para Games yang berlangsung di Solo, Indonesia pada 2011,


5. R. Jeganathan adalah jurulatihnya,

6. Dalam persiapannya untuk temasya Paralimpik Rio, Mohamad Rizuan telah diberi kesempatan untuk menjalani latihan insentif selama dua minggu di Jerman bersama-sama atlet Jerman yang lain.

latif
Abdul Latif Romly menang pingat emas acara lompat jauh T20 (masalah pembelajaran).

Enam Perkara Yang Anda Perlu Tahu Mengenai Abdul Latif Romly:

1. Abdul Latif merupakan atlet Paralimpik yang menghadapi masalah pembelajaran,

2. Berusia 19 tahun, anak muda ini berasal dari Kampung Paya Kelubi, Perlis,

3. Berjaya memcahkan rekod dunia acara lompat jauh dengan catatan 7.60 m yang sebelum ini dicatatkan atlet Sepanyol, Jose Exposito (7.37) pada 2003,

4. Abdul Latif sebelum ini memenangi pingat emas dalam acara lompat jauh lelaki dalam kejohanan ASEAN Para Games 2014, 2015, Kejohanan Olahraga Dunia IPC 2015 dan Sukan Malaysia (Sukma) 2016,

5. Kejayaan yang dicatat Abdul Latif menyaingi mana-mana atlet normal yang lain dalam sukan lompat jauh,

6. Seperti mana Mohamad Ridzuan, Abdul Latif turut menjalani latihan insentif untuk menghadapi saingan Paralimpik di Jerman.

Mohd Ziyad Zolkelfi
Mohd Ziyad Zolkelfi menang emas acara lontar peluru F20 (masalah pembelajaran).

Enam Perkara Yang Anda Perlu Tahu Mengenai Mohd. Ziyad:

1. Berusia 26 tahun, Mohd. Ziyad menghadapi masalah pembelajaran yang dikesan sejak pra-sekolah,

2. Merupakan anak pertama daripada empat adik-beradik,

3. Mohd. Ziyad menceburkan diri dalam bidang sukan lontar peluru sejak 2008,

4. Mula mendapat perhatian selepas memenangi pingat gangsa dalam temasya Paralimpik 2012 yang berlangsung di London,

5. Mohd. Ziyad juga pernah memenangi pingat emas di Kejohanan Dunia Olahraga, tiga tahun lepas,

6. Menurut bapanya, sebelum menyertai Majlis Sukan Negara, Mohd. Ziyad pernah berniaga kuey tiau di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori