Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Naik Taraf Pusat Latihan...

ALOR SETAR - Kerja menaik taraf venue utama acara perahu layar pada temasya...

Wany Hasrita Enggan Layan...

PENYANYI muda berbakat besar, Wany Hasrita mengakui terkesan dengan kritikan negatif netizen terhadap...

2.3 Juta Rakyat Malaysia...

SHAH ALAM - Sejumlah 2.3 juta rakyat negara ini sudah menerima vaksin sejak...

Elaun Sara Hidup Kurangkan...

KUALA SELANGOR - Sebelum ini, apabila tiba musim tengkujuh hati Mohd Nor Azman...

Tindakan Shafie Ambil Alih Parti Di Sabah, Tak Digeruni

KOTA KINABALU – Pengerusi Gerakan Akar Umbi UMNO Malaysia (GAUM), Zulkarnain Mahdar berkata tindakan bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengambil alih parti sedia ada yang telah berdaftar di Sabah, bukan suatu perkara yang luar biasa dan perlu digeruni.

Sebaliknya, ia menunjukkan betapa suburnya demokrasi di Malaysia, kata Zulkarnain.

Beliau berkata tindakan Mohd Shafie yang juga anggota Parlimen Semporna itu, sedikit pun tidak akan mengubah keyakinan anggota UMNO Sabah untuk terus setia bersama parti berkenaan, malahan menurut Zulkarnain ia akan memperkuatkan lagi keyakinan semua anggota UMNO di negeri ini.

“Walaupun lebih ramai wakil rakyat pembangkang di Sabah yang kononnya menyertai (Shafie), namun ia adalah satu taktik mempromosikan parti berkenaan yang kelihatan bersifat popular sementara.

“Ia jelas sama sekali tidak akan mengubah landskap politik di Sabah, di mana diketahui umum majoriti kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah ketika ini dimiliki oleh Barisan Nasional (BN) dengan 48 kerusi.

“Manakala pembangkang kini hanya kekal sebanyak sembilan kerusi. Walaupun kesemua kerusi pembangkang menyertai parti (Shafie) Sabah masih kekal kukuh di bawah pemerintahan BN,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.


Sementara itu, Zulkarnain, yang juga Pengerusi Pakatan NGO Pro Barisan Nasional berkata Mohd Shafie gagal membantu menangani masalah jalan, air dan elektrik khususnya di Sabah semasa menjadi Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) sebelum ini.

“Beliau (Shafie) telah diberikan peluang keemasan mengetuai KKLW, namun gagal walaupun diberikan peruntukan berbilion ringgit setahun.

“Malahan wujudnya pinjaman untuk peniaga dan usahawan tanpa penjamin dan cagaran di bawah kementeriannya pada masa itu langsung tidak dimanfaatkan untuk membantu rakyat Sabah,” kata Zulkarnain. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori