PELAKON Tom Hiddleston dilaporkan tidak mahu meneruskan hubungan cintanya dengan Taylor Swift kerana merasakan dirinya hanya digunakan sebagai barang pameran.
Menurut Radar Online, Tom tidak mahu diperalatkan lagi oleh Taylor dan menyifatkan dirinya sekadar pengawal peribadi dan bukannya teman lelaki penyanyi itu.
“Tom berasa seperti diperalatkan oleh Taylor dan dia sebenarnya hanya diperlakukan sebagai pengawal peribadi Taylor sepanjang mereka bersama.
“Hubungan mereka sekadar sandiwara dan Tom mula berasa muak dengan keadaan itu menyebabkan dia membuat keputusan untuk meninggalkan Taylor,” kata sumber terdekat Tom.
Radar Online turut menyatakan bahawa Tom sudah letih kerana terpaksa mengikut semua keinginan Taylor sehingga dia menjadi bahan ketawa peminat mereka.
Pasangan ini mengumumkan perpisahan mereka hanya selepas tiga bulan menjadi pasangan kekasih. – MYNEWSHUB.CC