Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Peruntukan Kementerian Pengangkutan Lulus

KUALA LUMPUR - Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2021...

Hah..! Penggemar Ais Krim...

KALAU ditanyakan apakah makanan yang menjadi fenomena sekarang, pastinya hampir kesemua jawapan terarah...

Pengasuh Mengaku Bersalah Cuai...

JOHOR BAHRU: Pengasuh sebuah taska mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari...

Pesara Tentera Udara Ditemui...

SEORANG lelaki yang merupakan pesara tentera udara, Asok Kumar Koyamboo, 53; dipercayai menggantung...

Trafik Perlahan Di L/Raya Utama Setakat 12 Tengah Hari

KUALA LUMPUR – Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama dilaporkan masih perlahan setakat pukul 12 tengah hari ini susulan orang ramai yang mengambil kesempatan untuk pulang menyambut Aidiladha dan cuti sekolah.

Jurucakap PLUS Malaysia Berhad berkata trafik perlahan di Bukit Lanjan menuju Rawang, Behrang ke Slim River, Terowong Menora ke Sungai Perak, Jawi ke Bandar Casia dan Permatang Pauh menghala ke Sungai Dua berikutan peningkatan jumlah kenderaan di jalan raya.

Di selatan trafik turut bergerak perlahan dari Seremban menuju Senawang dan Skudai ke Senai, katanya.

Dalam pada itu, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata trafik dilapor perlahan di Plaza Tol Gombak menghala ke Lentang dan Plaza Tol Karak menuju ke arah Timur.


Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori