Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Jangan Nilai Pindaan Akta...

KUALA LUMPUR - PAS meminta bukan Islam tidak menilai usaha parti itu untuk...

Murid Tahun 6 Maut...

PASIR MAS - Seorang murid tahun enam Sekolah Kebangsaan Sri Kiambang meninggal dunia...

Elaun BIPK: Mahu Dengar...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Razak mempertikaikan kesasihan pengumuman Menteri Belia dan...

Banjir Di Pekan: Biro...

PEKAN - Kesukaran yang dihadapi 40 penternak lembu dan kambing di Parlimen Pekan...

Tubuh Akademi Pemikir Untuk Bangunkan Kelantan

KOTA BHARU – Kerajaan Kelantan dan Persekutuan diminta bekerjasama dengan Universiti Malaysia Kelantan (UMK) bagi menubuhkan sebuah akademi pemikir bagi membangunkan negeri itu.
Tengku Mahkota Kelantan yang juga Pro-Cancelor UMK Tengku Dr Muhammad Faiz Petra Ibni Sultan Ismail Petra bertitah anggota akademi tersebut harus terdiri daripada profesor dan pakar dari UMK, kerajaan negeri dan persekutuan.

“Kerjasama itu bertujuan untuk mencari penyelesaian kepada permasalahan di Kelantan, di samping mengenal pasti hala tuju dan peluang untuk membangunkan negeri ini,” titah baginda ketika merasmikan Istiadat Konvokesyen UMK Ke-6 di sini, hari ini.

Baginda bertitah antara isu yang perlu diberi perhatian untuk diselesaikan oleh akademi itu adalah bekalan air bersih, banjir, pengurusan sampah, alam sekitar, sosioekonomi masyarakat luar bandar dan penyalahgunaan dadah.

Kewujudan UMK memberi impak yang besar kepada negeri Kelantan dalam pembangunan insan dan masyarakat, menjana ekonomi, sektor pertanian, pendidikan dan pembangunan wilayah, titah baginda.

“Sehubungan itu beta ingin melihat impak yang lebih besar dalam pelbagai sektor. UMK memerlukan strategi yang lebih menyeluruh dan dinamik,” titah baginda.


Seramai 1,766 graduan daripada empat fakulti akan menerima ijazah masing-masing pada konvokesyen selama empat hari mulai hari ini.

Pada istiadat itu, baginda berkenan menganugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah (Warisan) kepada Penasihat Sosiobudaya Kerajaan Melaysia Tan Sri Dr Rais Yatim.

Turut hadir Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob, Pengerusi Lembaga Pengarah UMK Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman dan Naib Canselor UMK Prof Datuk Dr Mortaza Mohamed. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori