Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Netizen Tegur Noh Gara-Gara...

KUALA LUMPUR - Vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh ditegur netizen di laman sosial...

SOP PRN Sarawak Dimuktamadkan...

SEREMBAN - Prosedur Operasi Standard (SOP) pencegahan Covid-19 khusus bagi Pilihan Raya Negeri...

Majikan Jangan Terpedaya ‘Ejen’...

PETALING JAYA - Jabatan Imigresen menasihatkan majikan supaya tidak terpedaya dengan pihak yang...

Netizen China Kecam Bilionair...

BEIJING – Pengguna internet China mengecam bilionair Elon Musk hari ini selepas Beijing...

Tukang Cat Maut Ditembak

Permaisuri – “Arwah sempat bergurau dan bersalaman dengan saya ketika kami berjumpa pada Khamis lalu,” kata Mohd Yusuff Nor, 55, bapa saudara kepada Erdy Alias, 37, yang maut ditembak di Kampung Jelapang, Sungai Tong, di sini, semalam.

Menurut Mohd Yusuff, itu kali pertama dan terakhir dia berjumpa arwah selepas anak saudaranya itu tinggal di rumah adiknya yang juga bapa saudara kepada arwah sejak 9 September lalu.

“Ketika berjumpa di depan rumah itu, arwah menyakat (mengusik) saya…rajin bekerja Pak Su…mahu kahwin lagi satu ke?

“Saya balas dah (sudah) tua kena kerja kuat mahu pelihara anak kerana ramai lagi yang bersekolah.

“Selepas berbual dan bergurau, arwah datang bersalaman sebelum balik ke rumah adik saya tanpa menunjukkan sebarang perubahan,” katanya ketika ditemui di rumahnya yang terletak 300 meter dari lokasi kejadian

Mohd Yusuff berkata, kejadian menimpa anak saudaranya itu diketahui jam 5.20 pagi selepas dimaklumkan seorang ahli keluarganya.

Katanya, dia ke lokasi kejadian jam 7 pagi selepas solat Subuh dan menghantar anak ke sekolah berhampiran.

“Arwah memang rapat dengan saya dan keluarga selepas kematian bapa kandungnya yang juga abang saya sejak empat tahun lalu akibat serangan jantung sementara ibu arwah kini menetap di Singapura,” katanya sambil memaklumkan arwah adalah anak tunggal.

Sementara itu, jiran mangsa, Hasnul Azuan Muhamad, 30, berkata, dia menyedari kejadian itu selepas bapa saudara arwah yang dikenali sebagai Pak Dik ke rumahnya jam 6 pagi.


Katanya, sebelum kejadian, dia melihat rumah arwah gelap ketika sampai di rumahnya jam 12 tengah malam.

“Saya tidak dengar sebarang bunyi tembakan selepas tidur jam 1.30 pagi dan memang terkejut apabila Pak Dik bertanya sekiranya saya ada terdengar tembakan atau pergaduhan sebelum memaklumkan Erdy mati ditembak,” katanya.

Seorang lagi jiran mangsa, Mohd Zulkifli Mat Seman, 37, berkata, dia mengetahui kejadian itu selepas menghantar anak ke sekolah.

“Saya hairan apabila melihat ramai polis di depan rumah arwah dan terkejut sebaik diberitahu mengenai kejadian tembakan itu.

“Penduduk kampung mungkin tidak menyedari kejadian itu kerana berlaku awal pagi selain kebanyakan penduduk sudah lali dengan bunyi tembakan kerana orang kerap menembak babi di kawasan ini.

“Ada penduduk lalu depan rumah arwah nampak dia terbaring seperti tidur depan pintu pagi semalam sewaktu hantar anak ke sekolah.

“Saya sendiri tidak begitu mengenali arwah kerana dia baru sahaja tinggal di sini beberapa hari sebelum hari raya Aidiladha,” katanya. – myMetro Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori