KECOH apabila Tun Dr. Mahathir Mohamad berangan jauh mengenai politik masa depan Malaysia dengan buat andaian konon Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) akan menerajui kerajaan.
Lebih kelakar beliau dengan yakin mendakwa Tan Sri Muhyiddin Yassin merupakan calon Perdana Menteri yang akan dikawal oleh dirinya selaku pengerusi PPBM atau lebih tepat bakal terang-terang menjadi boneka Mahathir.
Mungkin beliau ada masalah ingatan walhal PPBM pun masih tidak diterima mana-mana blok pembangkang baik Pakatan Harapan diwakili DAP, PKR dan PAN mahupun Gagasan Sejahtera diwakili oleh PAS, Ikatan dan Berjasa.
Selain itu barangkali Mahathir lupa bahawa sejak 1999, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah pemimpin de facto dan calon Perdana Menteri jika pembangkang berjaya menewaskan Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Umum (PRU).
Lucunya, akhir-akhir ini Mahathir pula merasakan beliau ketua de facto baharu pembangkang dan bercakap atas kapasiti itu ketika berada di London United Kingdom baru-baru ini untuk berceramah mengenai politik Malaysia.
Mahathir secara terbuka berkata, Muhyiddin akan menjadi perdana menteri jika pembangkang menang PRU akan datang dan mendakwa:ĆĀ “Pada masa ini kita tidak berkata apa-apa, kecuali jika pembangkang menang.
“Orang yang paling mungkin jadi perdana menteri ialah Muhyiddin.ĆĀ Tetapi ia bergantung kepada parti, sama ada mereka akan pilih beliau sebagai presiden dan bergantung kepada gabungan yang sepatutnya jadi Perdana Menteri.”
Ketika berceramah di London minggu lepas, MahathirĆĀ bagaimanapun mendakwa, tiada keputusan rasmi mengenai perkara tersebut buat masa sekarang kerana ‘sesetengah orang akan berasa kecewa dan parti akan berpecah’.
Kenyataan Mahathir itu sudah tentu merujuk kepada Anwar dan PKR yang berasakan mereka jauh lebih berhak berbanding PPBM yang baharu diluluskan pendaftaran waima langsung tidak pernah bertanding dalam PRU.
Untuk rekod, gandingan Mahathir dan Muhyiddin tidak menunjukkan kuasa signifikan dalam pembangkang kerana tidak ramai pengikut sebaliknya hanya harap sokongan ahli pembangkang untuk keuntungan politik mereka berdua.
Mahathir juga bercakap mengenai kuasa bakal perdana menteri itu jika pembangkang memenangi PRU ke-14 yang akan menjadi boneka langsung beliau dan mesti mendapat kebenaran terlebih dahulu sebelum dimuktamadkan.
“Perdana Menteri masa depan tidak akan mempunyai kebebasan kerana dalam parti baharu (PPBM), kita ada bukan sahaja Presiden tetapi juga Pengerusi,” katanya yang merujuk dirinya sendiri sebagai pengerusi parti berkenaan.
Mahathir, selaku pengerusi parti itu akan perlu berunding mengenai urusan kerajaan untuk memastikan bahawa perdana menteri tidak boleh membuat keputusan sendiri; sesuatu yang tidak dilakukan Datuk Seri Najib Tun Razak.
“Sudah tentu, dia ada jemaah Kabinet sendiri. Tetapi Kabinet itu kadang-kadang kena ikut cakap Perdana Menteri kerana dia yang melantik mereka, (maka) mereka (menteri) tidak meletakkan apa-apa tentangan kerana takut.
“Parti baharu (PPBM), kami bakal memastikan kuasa presiden parti akan tertakluk kepada perjanjian dengan sekumpulan orang dalam parti,” kata Mahathir menjelaskan perbezaan fungsi presiden dan pengerusi PPBM.
Berita dari London itu ditolak keras oleh DAP dan seperti ditegaskan Ketua Publisiti parti cauvinis Cina itu, Tony Pua kepada Malaysiakini, calon berpotensi Pakatan Harapan untuk jawatan perdana menteri masih adalah Anwar.
Ć¢ā¬ÅPendirian Pakatan Harapan kekal, Anwar (sebagai perdana menteri),Ć¢ā¬Ā tegas Pua ketika ditanya jika pendirian itu dapat dipertahankan memandangkan Anwar sedang menjalani hukuman penjara lima tahun atas kesalahan liwat
Pengerusi DAP Selangor itu sebaliknya berkata: Ć¢ā¬ÅKami akan bimbang tentangmya kemudian.Ć¢ā¬Ā Kekecewaan DAP itu turut menerima reaksi sama daripada ramai penyokong yang terkejut bila masa Muhyiddin dicadang ganti Anwar!
Ini belum lagi mengambil kira kenyataan balas Presiden PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail yang sudah tentu mahu suaminya sendiri sebagai perdana menteri baharu kerana itulah perjuangan mereka sejak dahulu.
Ada lihat kenyataan terkini Mahathir itu cuba tutup malu selepas diaib Yang di-Pertuan Agong menolak deklarasi ciptaan beliau selain titah keras Sultan Johor menyelar dirinya orang tua hilang akal. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA