Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Kematian Akibat Kemalangan Jalan...

KUALA LUMPUR - Jumlah kematian akibat kemalangan jalan raya yang direkodkan pada tahun...

LCS: TLDM Gesa Pihak...

PETALING JAYA : Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menggesa mana-mana pihak yang terlibat...

Laporan Audit: Sukan SEA...

KUALA LUMPUR - Penganjuran Temasya Kuala Lumpur 2017 secara keseluruhannya dilaksanakan dengan cemerlang,...

PH Segerakan Tubuh Lembaga...

KUALA LUMPUR - Kerajaan Pakatan Harapan (PH) akan mempercepatkan proses penubuhan Lembaga Wakaf...

Sedih: Ummu Najwa Meninggal Dunia

KOTA BHARU – Ummu Najwa Nasuha Mohd Zulkifli, 4, yang menghidap kanser rongga hidung dan kisahnya pernah diviralkan sebelum ini, meninggal dunia di sini, 2.40 pagi tadi.

Anak tunggal suami isteri, Mohd. Zulkifli Che Noh, 27, dan Siti Nor Fatihah Mohd, 22, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, di sini.

Mohd. Zulkifli berkata, Ummu Najwa Nasuha sebelum itu dimasukkan ke hospital kerana sukar untuk makan dan minum dengan sempurna.

“Dua bulan dia menderita kanser, dan awal pagi tadi Ummu Najwa Nasuha pergi dengan tenang. Kami sekeluarga reda.

“Jenazahnya akan disembahyangkan di rumah di Kampung Apa-Apa, Pasir Mas dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Chat, Gelang Mas, Pasir Mas selepas Zohor,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.


Pada 12 September lalu, Harian Metro melaporkan kisah Ummu Najwa Nasuha menghidap kanser rongga hidung atau Naso-Pharyngeal Carcinoma selepas seminggu umat Islam menyambut Aidilfitiri, Julai lalu.

Sejak itu, kanak-kanak malang terbabit hanya terlantar di rumahnya dan mendapatkan rawatan alternatif selepas diberitahu peluang untuk hidup tinggal 50-50 jika menjalani pembedahan. – myMetro Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori