Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Polis Pulau Pinang Lupus...

KEPALA BATAS - Polis Pulau Pinang melupuskan pelbagai jenis dadah seberat 836.17 kilogam...

Pekerja Hotel Didakwa Pecah...

KUALA LUMPUR - Seorang pekerja pengurusan majlis sebuah hotel mengaku tidak bersalah di...

Bakal Lancar Single, Giliran...

BAGAIKAN sudah menjadi ‘trend’ sejak kebelakangan ini apabila ramai ahli perniagaan popular turut...

Dr. Haron Din Seorang...

PUTRAJAYA - Allahyarham Datuk Dr. Haron Din adalah seorang guru yang teliti dalam...

UMNO Pun Bantah Persempadanan Semula

KUALA LUMPUR – UMNO turut menyatakan bantahan rasmi berhubung usul persempadanan semula kawasan pilihan raya oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Setiausaha Agung UMNO, Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, parti terbesar kaum Melayu itu berharap supaya SPR mengambil kira pandangan semua pihak berhubung perkara itu.

“UMNO telah dan akan terus mendapat maklum balas dari Bahagian dan ahli parti di peringkat akar umbi.

“Sehubungan itu, UMNO juga ingin menyatakan bantahan terhadap hal tersebut dan berharap agar pandangan dari semua pihak diambil kira,” katanya dalam satu kenyataan rasmi hari ini.

UMNO Pun Bantah Persempadanan Semula

Tengku Adnan berkata, UMNO akan membawa usul persempadanan semula kawasan pilihan raya itu untuk dibincangkan dalam mesyuarat pengurusan parti dan Mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi UMNO pada hujung bulan ini.

Justeru, katanya, UMNO menolak spekulasi dan provokasi pihak tertentu yang mendakwa persempadanan itu sebagai taktik politik untuk memenangkan sebuah parti sahaja dalam pilihan raya akan datang.


Pemimpin pembangkang sebelum ini menyebarkan tohmahan kononnya persempadanan semula kawasan pilihan raya oleh SPR bertujuan memenangkan UMNO.

Ia kerana ramai pengundi Melayu didakwa dimasukkan ke kawasan yang sebelum ini majoriti pengundinya bukan Melayu.

Pembangkang melihat kehadiran ramai pengundi Melayu mengundi dalam kawasan yang sebelum ini majoritinya bukan Melayu akan mengancam kedudukan mereka. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori