Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Kerajaan Tekad Tingkatkan Ekonomi...

KUALA BERANG - Kejayaan Projek Zon Perdagangan Bebas Digital (DFTZ) mencapai sasaran penyertaan...

Jep Sepahtu Kecewa Dituduh...

Kalau nak diikutkan nama Jep Sepahtu antara yang kurang dilanda kontroversi serta cerita-cerita...

12 Wanita Mangsa Pemerdagangan...

GEORGE TOWN - Dua belas wanita warga asing ditemui dikurung dalam bilik rahsia...

Yaakob Dapat Nasihat Peguam...

KEPALA BATAS – Calon PKR daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Yaakob Osman...

UMNO Sentiasa Amalkan Konsep Perkongsian Kuasa

KEPALA BATAS – UMNO sentiasa mengamalkan konsep perkongsian kuasa tanpa pernah membolotnya hanya untuk orang Melayu, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata konsep perkongsian kuasa yang diamalkan oleh UMNO dalam Barisan Nasional (BN) membolehkan gabungan parti itu menang dan terus memerintah negara.

“Ini konsep perkongsian kuasa yang diamalkan UMNO. Kita tak pernah bolot kuasa itu untuk orang Melayu,” kata Ahmad Zahid yang menjalankan tugas Timbalan Presiden UMNO, ketika berucap merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Kepala Batas di sini, hari ini.

Turut hadir bekas perdana menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi; Timbalan Menteri Luar yang juga Ketua UMNO Bahagian Kepala Batas, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican; Pengerusi BN Pulau Pinang, Teng Chang Yeow dan Pengerusi UMNO Pulau Pinang, Datuk Seri Zainal Abidin Osman.

Ahmad Zahid juga berkata sudah tiba masanya BN Pulau Pinang bangkit menebus kekalahan di negeri ini.


Dengan adanya sikap setiakawan dalam BN, beliau berkata ia jelas menggambarkan setiap parti komponennya sedia membantu rakan-rakan sekutu untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi.

“Ketika krisis UMNO pada 1987, rakan-rakan BN bantu UMNO. Inilah pula masanya bagi UMNO bantu rakan-rakan dalam BN,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori