Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Bangsa Johor: Tun M...

PETALING JAYA - Dewan Perniagaan dan Perindustrian India Johor (JICCI) menyokong konsep Bangsa...

Buka Sekolah Jika Separuh...

PUTRAJAYA - Sekolah yang terjejas banjir di Kelantan boleh dibuka untuk sesi persekolahan...

Rasuah RM5.4 Juta: Pengurus,...

CHUKAI - Seorang pengurus pembangunan perniagaan sebuah anak syarikat kerajaan negeri dan isterinya...

Mayat Wanita Di Cyberjaya:...

SUSULAN kes penemuan sekujur tubuh wanita di dalam belukar di Cyberjaya, Sepang Rabu lalu,...

UMNO Tak Gentar Mukhriz Bertanding Di Kedah

ALOR SETAR – UMNO Kedah tidak gentar sekiranya bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir bertanding di negeri itu pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU).

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata Mukhriz, yang kini menjadi Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), berhak bertanding di mana-mana kerusi seperti di Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Hitam dan Parlimen Jerlun yang pernah disandangnya.

“Mungkin Mukhriz mahu bertanding di Parlimen Kubang Pasu yang pernah disandang bapanya Tun Dr. Mahathir Mohamad. Kita alu-alukan dan kita tidak gentar untuk berhadapan dengan parti itu,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri sambutan Hari Wanita Kebangsaan 2016 Peringkat Negeri Kedah di sini, hari ini.

Ahmad Bashah yang juga Menteri Besar Kedah mengulas laporan media mengenai kenyataan Mukhriz yang mahu mengetuai PPBM di Kedah dan seterusnya bertanding dalam PRU ke-14 di negeri kelahirannya itu.

Ditanya mengenai sokongan kepada PPBM, Ahmad Bashah berkata mereka yang menyokong parti pembangkang itu adalah yang kecewa kerana tidak mendapat sebarang jawatan dalam parti di peringkat cawangan.

“Parti itu (PPBM) hanya disokong oleh mereka yang kecewa dengan UMNO sama seperti pemimpinnya yang kecewa dengan UMNO. Sekarang mereka yang kecewa itu ada peluang untuk mendapat jawatan,” katanya.


Ahmad Bashah berkata perkara itu tidak menggugat kedudukan UMNO kerana parti berusia 70 tahun itu telah menabur bakti kepada rakyat dan mereka mampu menilai perjuangan yang dilakukannya.

Sementara itu, beliau berkata kerajaan negeri akan mewujudkan bazar wanita bagi membuka peluang kepada golongan itu menambah pendapatan sekaligus menjadi pusat sehenti untuk peniaga dan usahawan wanita.

Terdahulu, Ahmad Bashah dan Ketua Pengarah Jabatan Pembangunan Wanita, Datuk Yatimah Sarjiman serta Exco Pembangunan Wanita dan Keluarga, Datuk Suraya Yaacob menjadi tetamu pada program bicara santai bersama Menteri Besar Kedah dengan topik ‘Muafakat Wanita Kedah’. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • UMNO

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori