Tuesday, October 29, 2024

Creating liberating content

Akhbar Cina Bidas Ismail...

KENYATAAN Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam...

Polis Ulangi Nasihat Jangan...

KUALA LUMPUR : Polis mengulangi nasihat agar orang ramai tidak menyertai perhimpunan dinamakan...

Speaker Tak Terima Surat...

Johor Bahru : Pejabat Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor tidak menerima sebarang...

PTPTN Perlu Masa Kaji...

KUALA LUMPUR - Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) memerlukan tempoh enam hingga...

Unit Chin Hin Beli Tanah Di Johor Dengan RM21.94 Juta

KUALA LUMPUR – Sage Evergreen Sdn. Bhd., anak syarikat milik penuh tidak langsung Chin Hin Group Bhd., memeterai perjanjian jual dan beli (SPA) dengan TKW Capital Sdn. Bhd. untuk membeli sebidang tanah pegangan kekal di Kota Tinggi, Johor dengan harga RM21.94 juta.

Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini, Chin Hin berkata RM2.19 juta akan dibayar pada tarikh pelaksanaan SPA manakala baki RM19.74 juta akan dibayar dalam tempoh tiga bulan daripada tarikh perjanjian.

Syarikat itu berkata kumpulan tersebut akan mendirikan kilang blok konkrit pratuang 45,000 tan dan konkrit berudara autoklaf (AAC) 600,000 meter padu di atas tanah di Johor itu, yang disasarkan mula beroperasi pada suku akhir 2017.

“Ketika ini, kilang blok konkrit pratuang dan AAC sedia ada kami di Serendah sudah mencapai kapasiti maksimum.


“Berikutan kapasiti yang tidak mencukupi dan peningkatan permintaan hasil daripada kadar penggunaan tinggi blok AAC dan nilai perolehn kontrak tinggi bagi konkrit pratuang, kami memulakan pelan pengembangan pengeluaran dengan membina lebih banyak kilang untuk menampung keperluan yang semakin meningkat,” kata syarikat itu. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori