Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Peniaga Mengaku Tidak Salah...

JOHOR BAHRU - Seorang peniaga mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret, di sini...

Kek Kahwin Diana 34...

LOS ANGELES - Kek perkahwinan mendiang Puteri Diana yang dibuat 34 tahun lalu...

Harga Rumah Melonjak Tak...

KUALA LUMPUR – Pakatan Harapan (PH) perlu dipertanggungjawabkan sekiranya tidak mampu berbuat apa-apa...

Pakatan Rakyat Selangor Lumpuh...

KUALA LUMPUR - Mustahil untuk pakatan rakyat yang terbentuk hasil kerjasama diantara tiga...

Usul Mansuh Larang Pemilikan Anjing Bakal Dibentang

MELAKA – Satu usul untuk memansuhkan peraturan larangan pemilikan anjing bagi mereka yang tinggal di rumah teres lot tengah di Melaka akan dibentangkan dalam mesyuarat exco negeri minggu depan.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Syarikat, Sumber Manusia dan NGO negeri, Datuk M. S. Mahadevan berkata beliau akan mencadangkan juga mengenai aduan anjing bising dan pemilik tidak bertanggungjawab untuk diuruskan mengikut kes.

“Saya akan membentangkan usul bersama dengan cadangan daripada kumpulan kebajikan haiwan agar peraturan itu dimansuhkan,” katanya kepada The Star pada Isnin.

Mahadevan berkata kebanyakan pihak mempertikaikan larangan itu dengan mendakwa kerajaan negeri bersikap prejudis terhadap haiwan tersebut.

Katanya, ini adalah sebab mengapa beliau mencadangkan kepada pihak berkuasa tempatan agar fokus terhadap pemilik yang mengabaikan haiwan peliharaan mereka.

“Peraturan itu diperkenalkan pada 2012 susulan beberapa aduan terhadap pemilik haiwan yang tidak bertanggungjawab,” kata Mahadevan.


Larangan itu berkuat kuasa pada 2013.

Beliau berkata bagaimanapun, hanya segelintir lesen pemilikan anjing ditolak sejak peraturan itu dikuatkuasakan dan kira-kira 3,013 lesen diluluskan pada tahun ini.

“Saya yakin ketua menteri akan mempertimbangkan untuk memansuhkan peraturan itu dengan sokongan dalam bentuk fakta daripada kumpulan kebajikan haiwan,” katanya. – mStar Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori