PELIK tapi benar… Kot?
Sejak semalam, satu video menunjukkan seekor anak khinzir ‘mutan’ yang lahir dengan wajah aneh mula tersebar di laman sosial di China.
Bukan sahaja berwajah pelik, anak khinzir itu juga mempunyai satu tanduk sehingga ada yang menggelarnya ‘kemaluan lelaki’.
Menerusi video yang berdurasi 55 saat itu, anak khinzir tersebut kelihatan tercungap-cungap bernafas dan lidahnya juga terjelir keluar dari mulutnya.
Penduduk di China mula membuat pelbagai spekulasi tentang anak khinzir itu dan terdapat segelintir pihak yang menyalahkan pencemaran alam sekitar.
Walau bagaimanapun, anak babi itu dilaporkan mati selepas ibunya enggan memberi susu dan ia juga menolak susu yang disuap melalui botol. – MYNEWSHUB.CC