Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Bekalan Air Seluruh Pulau...

GEORGE TOWN – Bekalan air kepada pengguna di seluruh negeri ini pulih sepenuhnya...

Lelaki Maut Motosikal Rempuh...

LUMUT - Seorang penunggang motosikal maut manakala rakanya cedera parah selepas motosikal yang...

Ismail Sabri Terhibur Kemeja...

KUALA LUMPUR - Baju batik Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob...

Permohonan mySalam Ditolak, Ini...

PUTRAJAYA - Kes seorang pemandu lori yang penghidap kanser kolon tahap empat yang...

Keluarga Wanita Rayu Orang Ramai Padam Rakaman Anak

KOTA BHARU – Keluarga wanita berusia 26 tahun yang dipukul dalam keadaan bogel serta kejadian dirakam, merayu orang ramai yang memiliki video itu supaya memadamkannya bagi menjaga kehormatan wanita itu.

Ibu wanita terbabit yang dikenali sebagai Kak Ni, 49, berkata akibat penyebaran video itu keluarganya kini menanggung aib manakala anaknya pula trauma dan terpaksa berkurung di rumah.

Beliau juga melahirkan kebimbangan terhadap keselamatan keluarganya berikutan ugutan yang diterima daripada individu yang tidak dikenali.

Baca: ‘Anak Saya Tak Pernah Cinta Suami Orang’ – Ibu Mangsa

“Tiga hari lalu saya menerima panggilan telefon daripada seorang lelaki yang mengugut akan melakukan sesuatu yang tidak baik kepada keluarga saya.

“Disebabkan itulah saya memohon kepada polis supaya membuat rondaan di kawasan tempat tinggal saya dan berharap pihak itu ditangkap dengan secepat mungkin,” katanya selepas perjumpaan dengan Ketua Polis Negeri, Datuk Dr. Ab Rahman Ismail di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini, hari ini.

Kak Ni berkata keluarganya juga akan menyaman pihak yang menyebarkan video berkenaan.


Dua video, masing-masing berdurasi 2 minit 8 saat dan 1 minit 15 saat memaparkan seorang wanita dibogel dan dipukul oleh seorang wanita lain dalam kejadian dipercayai Rabu lepas, di sebuah hotel di pekan Sungai Golok, Thailand.

Sementara itu, Ab Rahman berkata satu pasukan daripada Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard yang berpengalaman dalam bidang agama dan psikologi akan dihantar bagi mengurangkan trauma yang dialami mangsa. – BERNAMA


Nadia Nordin Bogelkan, Belasah Skandal Suami oleh mynewshub

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori