RAKAMAN video seorang lelaki pertengahan usia menengking seorang kanak-kanak kerana membaling buah mangga sehingga terkena keretanya, mengundang pelbagai reaksi dan kritikan daripada pengguna media sosial.
Video yang dimuatnaik oleh WhatsApp’s Videos di laman Facebook itu mendapat lebih 13,000 perkongsian dan 565,000 tontonan.
Berdasarkan video, seorang lelaki berumur lingkungan 40-an kelihatan berang kerana kerana sudah tiga kali keretanya dibaling dengan objek tumpul di kawasan perumahan.
Lelaki terbabit menuduh seorang kanak-kanak yang dikatakan membaling buah mangga ke arah keretanya bertanggung jawab atas semua insiden berkenaan namun dinafikan.
“Aku dah kena kali ketiga ni… Tolonglah jaga anak tu, tolonglah jaga,” ujar lelaki berkenaan.
Ibu kanak-kanak itu dilihat meminta maaf atas tindakan anaknya dan mahu membayar ganti rugi sekiranya terdapat kerosakan tetapi kerana terlalu marah, lelaki itu berterusan memarahi kanak-kanak terbabit sambil menegur si ibu supaya menjaga anaknya.
Tinjauan di ruangan komen mendapati netizen memberikan pelbagai reaksi berhubung kejadian ini.
Rata-rata menyifatkan ibu kepada kanak-kanak itu terlalu memanjakan anak dan tidak kurang juga menegur sikap lelaki berkenaan yang terlalu baran.
“Memang ada point pakcik itu cakap. Baling dua tiga kali. Bukan tak sengaja tu. Cuma yang tak kenanya, pakcik itu baran sangat. Mungkin boleh lebih berdiplomasi. Niat dia mungkin nak beritahu dan tegur tetapi bila marah sudah menguasi diri, beginilah.
“Tetapi kita sebagai ibu bapa kena selalu tengok anak-anak. Kadang-kadang budak ingat perkara-perkara seperti itu suka-suka buat gurauan. Kesan buruk mereka belum boleh fikir. Budak-budak hari ini memang adventures. Once anak kita buat benda tak baik itu memang salah. Melentur buluh dari rebungnya. Cuma anak kakak ini tersalah gurau dengan pakcik ini. Berlapang dadalah, walau pahit, terima hakikat anak buat salah,” kata Nur Alia Nur.
“Bagi saya, memang salah budak itu. Mak bapa sekarang ini kalau anak mereka buat salah, memang cover baik punya. Itu pasal budak-budak sekarang semakin naik kepala. Apa yang pakcik itu cakap, betul. Ajar anak-anak tu sikit. Nak beranak sampai 10 pun tak mengapa tetapi ajar anak-anak itu jangan sampai terbiar dan tiada sivik.
“Kalau tak dididik, dia lagi kurang ajar. Kalau kena pada kereta sesiapa pun, mesti pemiliknya akan marah. Memang tak kemik, pecah, cuba kalau kemik dan pecah betul-betul? Baru nak heboh satu kampung? Itulah masyarakat kita sekarang. Sikap tak jadi, tak apa, bila sudah jadi baru nak ternganga? Inilah masyarakat Malaysia, yang betul disalahkan, yang salah dibiarkan. Buta ke apa?” kata Ralph Edge.
“Kalau saya dulu, di depan pakcik ini juga ayah akan pukul dengan batang paip getah sebab memalukan mak ayah macam tak reti ajar anak,” kata Puan Sri Hanim.
“Sesiapa yang backup budak itu sangat, mohon selepas ini suruhlah budak itu duduk di tepi jalan. Bolehlah baling batu pada kereta sebab mereka okay, bertoleransi tinggi. Baling sampai pecah cermin kereta pun boleh bincang sambil ketawa berdekah-dekah. Gasak koranglah, dah kena nanti jangan pula meroyan,” kata Molly Yana. – MYNEWSHUB.CC