MALANG sememangnya tidak berbau. Seorang kanak-kanak lelaki di Kuwait mengalami kecederaan yang serius selepas secara tidak sengaja terhumban ketika bermain permainan gelongsor tiub (inflatable slide).
Dalam kejadian pada minggu lalu itu, mangsa yang berusia lingkungan 5 – 7 tahun itu pada mulanya dilihat melompat-lompat keriangan sebelum menggelongsor ke bawah.
Namun tindakannya itu membawa padah apabila mangsa melantun ke bahagian luar dan terjatuh dari aras yang agak tinggi.
Wanita yang merakam video berkenaan, dipercayai ibunya, segera berlari mendapatkan mangsa.
Di pengakhiran video, kanak-kanak terbabit dilihat menangis di dalam kereta sebelum dikejarkan ke sebuah hospital untuk mendapat rawatan segera.
Mangsa difahamkanĆĀ patah tangan kiri, bengkak mata kanan dan cedera di beberapa bahagian badannya.
Justeru, individu yang memuat naik video turut menasihatkan agar ibu bapa di luar sana jangan terlalu mudah untuk memberikan kebebasan kepada anak-anak untuk bermain permainan yangĆĀ tidak mempunyai ciri-ciri keselamatan. – MYNEWSHUB.CC