KECOH menerusi laman sosial apabila tersebar satu rakaman video yang menunjukkan aksi kejam dan biadap seorang wanita memijak kepala seorang kanak-kanak.
Difahamkan, wanita warga Indonesia bernama Claura Chute itu merupakan ibu kandung kepada kanak-kanak malang tersebut yang dianggarkan berusia antara 3 dan 4 tahun.
Dalam video yang berdurasi 18 saat itu, Claura dilihat menekap muka kanak-kanak itu dengan bantal sebelum memijaknya sehingga menyukarkan kanak-kanak tersebut untuk bernafas.
Amat menyedihkan apabila  tangisan kanak-kanak itu jelas kedengaran seolah-olah merayu meminta agar wanita itu tidak memijak kepalanya lagi, tetapi tidak dihiraukan.
Melihat kepada komen yang ditinggalkan di media sosial, rata-rata meluahkan perasaan marah dan berharap agar pihak berkuasa boleh mengambil tindakan terhadap Claura yang dikatakan wanita bertopengkan syaitan ini.
“Cil*ka kau perempuan, aku yang dengar suara budak tu pun boleh menangis. Mana naluri kau sebagai perempuan yang dicipta mempunyai hati yang lembut?” tulis Muhammad Khairol.
“Viralkan biar sampai ke muka pengadilan. Biar kau pulak merasa macam ni,” tulis seorang lagi pengguna media sosial.
Bagaimanapun, video sensasi itu tidak pula menyatakan kesudahan nasib kanak-kanak tersebut sama ada meninggal dunia atau terselamat daripada maut. – MYNEWSHUB.CC