Tuesday, July 2, 2024

Creating liberating content

SNBJ Bakal Jahanam Lagi?

Kuala Lumpur: Sejarah mungkin berulang apabila gelanggang keramat skuad Harimau Malaya iaitu Stadium...

Kes Langgar Lari: Suspek...

SEPANG - Suspek utama kes langgar lari sehingga mengakibatkan kematian seorang pekerja Telekom...

Pasar Tani T’ganu Adakan...

KUALA TERENGGANU - Semua pasar tani di bawah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA)...

Pelakon Wanita Bersama 2...

KUALA LUMPUR - Polis menahan seorang pelakon wanita berusia 20 tahun bersama dua...

Video ‘Rampas’ Anak, Bapa Tampil Jelas Perkara Sebenar

SEJAK semalam, viral video di sebuah mahkamah menunjukkan Datuk SM Faisal Nasimuddin cuba ‘merampas’ anaknya dari dakapan bekas isterinya di mahkamah.

Video tersebut mendapat perhatian netizen apabila ramai yang melahirkan rasa simpati terhadap anaknya yang dilihat tidak mahu melepaskan ibunya.

Selepas menerima kritikan dan kutukan dari netizen yang mendakwa dirinya tidak berperikemanusiaan kerana mahu merampas anaknya secara paksaan, Datuk Faisal telah membuat penjelasan tentang apa yang berlaku di laman Instagramnya sendiri.

Menurut Datuk Faisal, pihak bekas isterinya mula mencetuskan provokasi dengan melaungkan kata-kata nista terhadap dirinya dan keluarga sehingga menyebabkan suasana mula menjadi tegang, tetapi beliau tidak menunjukkan apa-apa tindak balas.

Jelasnya lagi, kehadirannya ke mahkamah bersama keluarga hanya untuk melepaskan rindu yang terbuku untuk melihat anak mereka, bukannya menimbulkan sebarang masalah antara kedua belah pihak.

Datuk Faisal turut memberitahu bahawa dia telah mendapat kebenaran dari pihak mahkamah untuk bersama anak-anak mereka selama satu hari dan mahkamah bersetuju untuk meninggalkan anak sulong mereka kepada ibunya kerana kanak-kanak itu tidak sihat.

Tambah beliau, dalam video yang menunjukkan dirinya cuba merampas anaknya itu sebenarnya berlaku apabila bekas isterinya telah menunjukkan keengganan melepaskan anak mereka dan menyebabkan kanak-kanak itu berasa keliru dan takut.


Beliau juga mendedahkan bahawa bekas isterinya tiba-tiba rebah dan mendakap anaknya itu dengan kuat, dan menampakkan bahawa beliau sedang merampas anaknya, tetapi pada dasarnya beliau hanya merayu kepada isterinya agar dibernarkan untuk berjumpa dengan anaknya itu.

Kami kongsikan penjelasan sepenuhnya yang dibuat oleh Datuk Faisal, semoga ia dapat menjelaskan perkara yang menjadi tanda tanya di fikiran semua pihak. – MYNEWSHUB.CC

Video 'Rampas' Anak, Bapa Tampil Jelas Perkara Sebenar

Video 'Rampas' Anak, Bapa Tampil Jelas Perkara Sebenar

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori