Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

“Saya Tahu Akan Kena...

JUARA Idola Kecil 2009, Siti Amirah Dayana Mohd Amerullah atau Dayana, 21, mengakui...

Harga Jualan Minyak Masak...

KUALA LUMPUR: Minyak masak botol lima kilogram (kg) mula dijual di peringkat peruncit...

Tak Berbaju… ‘Superman Malaysia’...

SEKALI lagi Superman Malaysia dikecam oleh netizen! Kali ini gambar bersama anaknya pula....

Perak Tak Cuti Keputeraan...

IPOH – Desas-desus kononnya Perak akan sekali lagi menyambut Hari Keputeraan Sultan yang...

Viral Sambal Ikan Nasi Kerabu Ada Daging Ular Sawa?

JABATAN Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menasihatkan agar pengguna tidak menggunakan sambal ikan nasi kerabu segera dalam paket keluaran negara asing.

Ini kerana, sambal ikan nasi kerabu segera yang dijual dalam paket tersebut dikatakan diperbuat daripada daging ular sawa dan lebih mengejutkan apabila ianya tertera logo halal luar negara yang diiktiraf oleh JAKIM.

Walau bagaimanapun, JAKIM telah mengeluarkan kenyataan mengesahkan bahawa produk berkenaan pernah mendapat pensijilan halal dari The Central Islamic Committee of Thailand (CICOT) pada tahun 2012.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan oleh JAKIM, pihaknya menegaskan bahawa  produk tersebut bukan lagi pemegang Sijil Halal CICOT dan tindakan mahkamah telah diambil kerana pengalahgunaan logo halal.

“Produk berkenaan bukan lagi pemegang Sijil Halal CITOT. Isu ini masih di bawah tindakan Mahkamah Negara Thailand atas isu penggunakan logo halal yang telah tamat tempoh,” tulis JAKIM dalam kenyataan berikut.


JAKIM juga meminta netizen agar sentiasa menyemak status produk yang diragui kehalalannya terutama jika membeli produk keluaran negara asing di laman web www.halal.gov atau muat turun aplikasi telefon pintar, myjakim untuk mendapatkan kepastian. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori