Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Hubungi 085-430389 Segera Jika...

MIRI - Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) meminta orang awam di sini untuk...

Viral Sambal Ikan Nasi...

JABATAN Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menasihatkan agar pengguna tidak menggunakan sambal ikan nasi...

Pelajar Tahfiz Selamat Dipindah...

KUALA LUMPUR - Kesemua pelajar yang terselamat dalam kejadian kebakaran di Pusat Tahfiz...

Muhyiddin Pengerusikan Mesyuarat Kabinet

PUTRAJAYA - Selepas menoktahkan mengenai kedudukan menteri UMNO dalam Kabinet Perikatan Nasional (PN),...

Wajah Sybil Kathigasu Hiasi Ikon Google Doodle

GAMBAR ilustrasi seorang wanita yang lengkap berpakaian seragam jururawat berdiri di depan sebuah rumah kedai lama menghiasi laman enjin pencarian terkenal Google, sepanjang hari ini.

Ikon yang dipaparkan Google Doodle itu sebenarnya ialah Sybil Kathigasu, iaitu satu-satunya wanita di Tanah Melayu yang pernah dianugerahkan Pingat George oleh kerajaan British ketika era penjajahan.

Wajah Sybil Kathigasu Hiasi Ikon Google Doodle

Untuk pengetahuan anda, Kathigasu semasa hidupnya teruk diseksa ketika zaman pendudukan tentera Jepun di Tanah Melayu.

Menurut pihak Google, pemilihan itu dibuat bagi meraikan ulang tahun ke-117 kelahiran Kathigasu.

“Pada ulang tahun ke-117 kelahiran Kathigasu, kami ingat dan meraikan dedikasi beliau untuk kebebasan.

“Terima kasih, Kathigasu, kerana keberanian anda dan warisan yang kuat, anda telah ketinggalan,” katanya.

Google turut menceritakan bagaimana Kathigasu dengan suaminya Dr. Abdon Clement Kathigasu yang sama-sama membantu membekalkan ubat-ubatan dan rawatan, serta berkongsi maklumat kepada tentera Berikat di sekitar daerah Papan, Perak.

Bagaimanapun, pertolongan yang dihulurkan Kathigasu dihidu oleh pihak Jepun hingga menyebabkan dia ditangkap.


Semasa disoal siasat, Kathigasu teruk diseksa namun dia langsung tidak mendedahkan identiti kumpulan yang dibantunya.

Malah, anak perempuannya yang berusia tujuh tahun juga digantung dari pokok oleh tentera Jepun hinggakan semut menggigit kanak-kanak tersebut.

Dia akhirnya ‘dibuang’ ke penjara Batu Gajah, sehinggalah Tanah Melayu bebas daripada Jepun pada tahun 1945.

Susulan itu, Kathigasu telah dihantar ke Britain untuk mendapatkan rawatan perubatan sebelum beberapa bulan selepas itu dia disahkan meninggal dunia akibat kecederaan dideritainya itu pada tahun 1948.

Ikon Google Doodle ini akan berubah dari masa ke masa mengikut kesesuaian peristiwa yang berlaku di seluruh dunia. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori