Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Kanada Tarik Taraf Warga...

OTTAWA: Penggubal undang-undang Kanada semalam, sebulat suara mengundi menarik balik taraf warga negara...

Pejabat Hadi Minallah Tidak...

Kuala Lumpur : Lokasi yang dipercayai menjadi markas pengikut Yayasan Nur Mutiara Makrifatullah...

Maut Terperangkap Di Dalam...

Kuala Selangor: Tindakan dua remaja bermain api mengundang padah apabila seorang rakan mereka...

Kes Culik Kajang: 3...

KAJANG - Tiga lelaki termasuk dalang utama berusia 44 tahun didakwa di Mahkamah...

Wanita Hidap Tumor Dituduh Jadi Mangsa Sihir

NAIROBI (Kenya) – Seorang ibu tunggal bukan sahaja menghidap sejenis tumor yang menyebabkan kakinya membesar tetapi turut dipulau penduduk kampung kerana disyaki menjadi mangsa sihir.

Kaki Eunice Anyango yang tinggal di kampung Eshirumbwe di barat Kenya mula membesar sejak terlanggar sebatang kayu yang mencederakan bahagian keting pada 1992.

Eunice, 35, tidak pergi ke hospital kerana menyangka kecederaan pada kakinya tidak serius, tetapi sejenis tumor mula tumbuh dan semakin membesar sehingga menyebabkannya sukar bergerak.

Wanita itu kini tinggal bersama ibunya yang buta dan anak lelaki berusia 16 tahun.

Namun, sejak menderita penyakit itu Eunice dipinggir komuniti di kampungnya dan tiada siapa yang menghulurkan bantuan.

Seorang jiran, Mabel Akiso berkata, ketua kampung mengetahui keadaan yang menimpa wanita itu tetapi dia tidak melakukan apa-apa untuk membantunya.


“Ramai penduduk kampung percaya wanita ini dan keluarganya menjadi mangsa ilmu hitam.

“Sebab itu ramai penduduk menjauhkan diri daripada keluarga ini kerana takut terkena sihir berkenaan,” katanya.

Baru-baru ini sebuah badan bukan kerajaan (NGO) dikenali sebagai Mashinani Initiative berjanji untuk membantu keluarga berkenaan. – Agensi/myMetro Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori