Thursday, January 9, 2025

Creating liberating content

Gangguan Bekalan Air Di...

KUALA LUMPUR - Empat kawasan di Hulu Langat akan mengalami gangguan bekalan air...

Indeks Gender Wajib Dimasukkan...

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Sekuriti melancarkan inisiatif baharu untuk mewajibkan syarikat memasukkan indeks...

PRU14: Polis Terima 1,069...

SANDAKAN - Polis menerima 1,069 laporan membabitkan 17 tangkapan di seluruh negara sepanjang...

Kerajaan Perlu Masa Stabilkan...

KOTA BHARU - Kerajaan memerlukan masa untuk menstabilkan bekalan telur di pasaran negara...

Wanita Kejang, Pengsan Selepas Dilamar Boyfriend

MEXICO CITY – Mungkin kerana terlalu teruja atau terkejut dilamar kekasihnya, seorang wanita, pengsan sebaik sahaja menerima cincin lamaran daripada teman lelakinya.

German Benitez melamar teman wanitanya Reyna Renteria dalam satu masjlis yang dihadiri oleh beberapa rakan serta sekumpulan pemuzik.

Menerusi video pendek berdurasi kurang 30 saat, Reyna yang memakai dress paras paha berwarna putih berjalan menghampiri Benitez.

Mereka berhadapan antara satu sama lain sebelum Benitez bertindak menyerahkan sebuah kotak berwarna gelap dan disambut baik oleh Reyna.

Wanita Kejung, Pengsan Selepas Dilamar Boyfriend

Wanita Kejung, Pengsan Selepas Dilamar Boyfriend

Tiba-tiba Reyna seolah-olah kejung dan badannya terhumban ke belakang lalu jatuh ke lantai tanpa sempat dicapai oleh Benitez.

Walau bagaimanapun, Reyna bernasib baik kerana tidak mengalami kecederaan dan menerima lamaran Benitez setelah sedar dari pengsan lapor Latino Foxnews.


Video kejadian itu menjadi viral apabila Reyna memuat naik ke laman sosial Facebooknya dan ditonton lebih daripada 4 juta kali.

“Saya teruja, tidak percaya, terkejut tetapi gembira dan berada dalam keadaan sihat” tulisnya dalam bahasa Sepanyol.

Susulan viralnya video tersebut, Reyna digelar ‘Lady Compromiso’ (Wanita bertunang) oleh pengguna laman sosial.

Malah pasangan Benitez dan Reyna juga mendapat perhatian daripada beberapa syarikat dan jenama yang sudi menawarkan mereka keperluan kahwin seperti cincin kahwin dan juga jurugambar.

Sumber: HMetro

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori