Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Azmin Sindir Tindakan Ikrar...

KUALA LUMPUR - Ciapan pendek Datuk Seri Mohamed Azmin Ali malam tadi menimbulkan...

Seni Visual Negara Sasar...

KUANTAN - Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara menyasarkan kutipan jualan hasil seni menerusi...

Olimpik: Korea Utara, Selatan...

SEOUL - Korea Utara dan Korea Selatan mengadakan perbincangan rasmi pertama hari ini...

Warga Emas Alihkan Tong...

SEORANG lelaki warga emas dari Wuxi, wilayah Jiangsu, China digelar hero oleh penduduk...

Ibu Melecur Muka, Rambut, Tangan Selamatkan Anak

DEMI kasihkan anaknya, seorang ibu sanggup meredah api hingga melecur di muka, rambut dan lengan ketika menyelamatkan anaknya di rumah mereka yang terbakar di Taman Sari, Kota Bharu, Kelantan.

Dalam kejadian 9.45 pagi itu, mangsa, Nik Zainiah Nik Abdul Razak, 42, dikatakan berada dari tingkat atas sebelum berlari menyelamatkan anaknya di tingkat bawah.

Akibat kejadian itu, mangsa dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) untuk rawatan.

Menurut sepupunya, Norizah Sahid, 48, dia dimaklumkan kejadian itu oleh ahli keluarga terdekat dan bergegas ke lokasi kejadian kira-kira lima minit kemudian.

“Ketika saya tiba, Nik Zainiah yang kami panggil Jai sudah cedera di mukanya, rambut dia terbakar dan lecur di lengan.

“Kecederaan dialami kerana dia cuba menyelamatkan anaknya berusia empat tahun yang berada di tingkat bawah rumah ketika itu. Dia sebelum itu dalam bilik di tingkat atas kerana tidur.

“Anaknya bagaimanapun tidak alami apa-apa kecederaan,” katanya kepada Harian Metro.

Dalam pada itu, Norizah tidak menolak kemungkinan kebakaran itu berpunca dari litar pintas.

Ini berikutan sebelum kejadian, rumah dua tingkat itu mengalami masalah dalam pemasangan pam air.


Sementara itu, Ketua Balai Zon Kota Bharu Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Kelantan, Penguasa Kanan Bomba II, Jamil Abdullah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 9.59 pagi.

“Tiga jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Bharu tiba di tempat kejadian dalam tempoh lima minit dan bantuan turut diterima dari BBP Kota Darulnaim dengan satu jentera.

“Jumlah keanggotaan seramai 25 orang dan kediaman jenis kekal ini terbakar 70 peratus. Mangsa yang cedera dihantar ke HRPZ II dengan bantuan orang awam,” katanya.

Tambahnya, api dapat dikawal  dalam tempoh tujuh minit namun, kebakaran masih dalam proses pemadaman berikutan rumah yang padat barang.

Jumlah kerugian awal yang dialami mangsa dianggarkan RM200,000 dan punca kejadian masih dalam siasatan. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori