Seorang ibu telah `tertangkap’ semasa sedang menyusu anaknya yang berusia setahun ketika sedang memandu, tanpa memakai tali keledar di Chongqing, China.
Wanita yang tidak dinamakan itu menjelaskan dia terpaksa berbuat demikian kerana bayinya menangis dan ketika itu jalan raya sedang sesak.
Polis bagaimanapun tidak memberi `muka’ sebaliknya mendenda wanita itu sebanyak 200 yuan kerana melanggar peraturan jalan raya.
Pihak berkuasa turut membidasnya kerana berbuat demikian, dalam tindakan yang bukan sahaja boleh membahayakan nyawanya malah bayi berkenaan.
Selepas berita dan gambar wanita itu disiarkan oleh Facebook People’s Daily Online, ramai yang memberikan komen dengan ada yang menyokong tindakan polis menyamannya dan tidak kurang pula yang membidas polis.
Ada yang menyatakan wanita itu sepatutnya memberhentikan kenderaannya untuk membolehkan dia menyusukan bayinya, bukannya berbuat demikian sambil memandu.
Namun ada pula yang menyatakan polis sepatutnya membantu wanita terbabit, bukannya menyamannya.