Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

3,000 Jawatan Kosong Di...

KUALA TERENGGANU - Terdapat kira-kira 3,000 jawatan kosong yang ditawarkan pada Karnival Jom...

SKMM Serbu Rumah Pemilik...

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) hari ini menyerbu rumah...

Mahkamah Batal Saman Kes...

KERAJAAN Malaysia dan empat pihak lagi berjaya mengetepikan saman dikemukakan remaja berumur 19...

RUU Peringkat Jawatankuasa 3...

KUALA LUMPUR - Tiga Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan (Belanjawan 2021) di peringkat jawatankuasa...

Wanita Sebar Berita Palsu Budak Diculik, Organ Dicuri

JOHOR BAHRU – Polis menahan seorang wanita semalam susulan tindakannya memuat naik berita palsu mengenai kes penculikan dua kanak-kanak yang dibunuh dan diambil organ dalamannya dalam laman sosial Facebook Rabu lepas.

Ketua Polis Johor, Datuk Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata penahanan wanita berusia 32 tahun itu dilakukan pada pukul 6.30 petang di kediamannya di Desa Coal Fields, Sungai Buloh, Selangor.

Katanya, suspek telah memuat naik berita itu dengan niat untuk dilihat dan dibaca orang ramai, yang mendakwa ada dua mayat kanak-kanak mangsa culik ditemukan di tepi sungai di Johor dan organ dalamannya diambil.

“Bagaimanapun, saya mengesahkan tiada kejadian berlaku di Johor,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata suspek ditahan reman selama tiga hari hingga 25 September untuk siasatan lanjut.


Wan Ahmad Najmuddin berkata tangkapan ke atas suspek adalah sebagai memberi pengajaran kepada pengguna Internet agar tidak sesuka hati menggunakan perkhimatan aplikasi Internet mereka untuk menyebarkan berita palsu yang boleh menimbulkan keresahan orang ramai.

Tambah beliau, menyebar berita palsu adalah kesalahan yang boleh diambil tindakan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori