INILAH kempen keselamatan jalan raya paling pelik dilakukan di dunia, iaitu dengan menggunakan sekumpulan wanita yang separuh bogel dengan mendedahkan payu dara, hanya berseluar pendek dan but sambil membawa papan tanda kurangkan kelajuan.
Kempen ini dijalankan di Rusia dan ia dikatakan berjaya memaksa pemandu mengurangkan kelajuan dan kes kemalangan juga dikatakan menurun di Pulau Novaya Zemlya meskipun ia merupakan satu penghinaan serta diskriminasi kepada kaum wanita.
Percubaan kempen ini telah dijalankan pada 2013, namun ia dikaji semula sebagai sebahagian daripada kempen peringkat kebangsaan untuk mengurangkan 30,000 kematian akibat kemalangan jalan raya di Rusia.
Menurut laporan, kempen ini masih dalam percubaan namun kebanyakan pemandu yang memecut paling laju iaitu majoritinya lelaki telah menunjukkan minat terhadap wanita terbabit dan menurunkan kelajuan kenderaan mereka.
Bagi warga emas pula, mereka gembira dengan kaedah tersebut kerana kebanyakan pemandu tidak membenarkan mereka melintas jalan dan hanya menempah maut jika melintas jalan.
Sementara itu pemandu lelaki pula menyifatkan kaedah berkempen dengan wanita mendedahkan payu dara adalah menakjubkan.
“Kali ini saya akan melihat kadar had laju yang dipegang oleh wanita itu,’’ katanya.