SEORANG wanita telah menjadikan laman sesawang Currys ‘gamat’ apabila secara tidak sengaja telah memuatnaik selfie dalam keadaan separuh bogel dengan mendedahkan bahagian atas badannya ketika membuat penilaian mengenai mesin basuh.
Wanita berkenaan yang hanya dikenali sebagai ‘Louise dari Stevenage’ tidak menyedari akan pantulan pada cermin pintu mesin basuh LG yang berharga £400 itu.
Seekor anjing juga dapat dilihat sedang tidur di dalam bakul.
Gambar berkenaan menjadikan penilaian mesin basuh tersebut sebagai halaman paling banyak dibaca dengan lebih 1,100 yang melihat gambar tersebut dalam masa 24 jam.
Dalam penilaiannya itu, wanita tersebut menulis: “Suka dengan mesin basuh yang baru ini kerana ia mempunyai pintu yang besar dan memainkan tune yang menarik selepas cucian selesai,” katanya.
Imej berkenaan bagaimanapun telah dibuang. -Â MYNEWSHUB.CC