Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Anwar Kemuka Usul Undi...

KUALA LUMPUR - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengemukakan usul hilang kepercayaan...

Usul Hadi Mengenai Hudud...

KUALA LUMPUR - Rang Undang-Undang Persendirian berkaitan hudud yang akan dibentangkan oleh Presiden...

Al-Sultan Abdullah Ditabal Yang...

KUALA LUMPUR - Laungan ‘Daulat Tuanku’ sebanyak tiga kali dan tembakan meriam 21...

Pemergian Lagenda Tinju Dirasai...

PEMERGIAN Mohammad Ali, 74, seorang lagenda tinju dunia merupakan satu kehilangan buat arena...

Wanita Warga China Hilang Di Zoo Harimau di Thailand

CHON BURI (Thailand) – Pihak berkuasa semalam meneruskan operasi mencari seorang pelancong wanita warga China yang hilang ketika melawat Zoo Harimau Sriracha di daerah Racha di sini kelmarin.

Jurucakap polis, Chanapat Nawalak berkata, pelancong dikenali sebagai Gao Li Ping, 45, memakai kemeja T, seluar pendek merah dan topi putih ketika dilaporkan hilang.

Gao Li kali terakhir dilihat berada di zoo berkenaan pada jam 6 petang (waktu tempatan) kelmarin bersama sekumpulan pelancong dari China.

Sepasukan 100 anggota polis dan anggota penyelamat dikerah mencari wanita itu di sekitar zoo berkenaan selepas dia dilaporkan hilang.

Operasi mencari ditamatkan pada malam kelmarin selepas tiada sebarang petunjuk mengenai kehilangannya.

Seorang pemandu pelancong memberitahu polis, wanita itu melancong ke Thailand selepas dia bercerai dengan suaminya.


Katanya, wanita itu dilihat berada dalam keadaan tertekan dan sering menyendiri daripada kumpulan pelancong berkenaan.

Chanapat memberitahu, operasi mencari disambung semula pada pagi semalam dan pihak berkuasa juga meneliti rakaman 122 kamera keselamatan di zoo berkenaan.

Bagaimanapun, sehingga lewat petang semalam, wanita itu dilaporkan masih belum ditemui. – Agensi

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori