Thursday, November 28, 2024

Creating liberating content

Rali Mallorca: Juruarah Pemandu...

MADRID - Seorang juruarah pemandu meninggal dunia selepas terbabit dalam kemalangan yang serius...

Juruterbang Maut, Pesawat Ringan...

JASIN – Seorang juruterbang maut manakala pembantunya cedera apabila pesawat ringan jenis GT500...

Maut Ditetak 10 Lelaki...

Puchong - Lelaki berusia 40 tahun maut selepas ditetak sekumpulan lelaki di restoran...

Mahkamah Benar Najib Periksa...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini, hari ini, membenarkan permohonan bekas Perdana...

Warkah Menyentuh Hati Amitabh Bachchan Untuk Cucu

“USAH biarkan sesiapa membuatkan kamu percaya bahawa panjang pendek kainmu (skirt) menjadi ukuran kepada keperibadian.”

Itu antara isi kandungan surat pelakon Bollywood, Amitabh Bachchan kepada dua orang cucu perempuannya, Aaradhya Bachchan dan Navya Naveli Nanda.

Warkah yang penuh inspirasi dan menyentuh hati itu dibaca pelakon berusia 73 tahun dalam video yang dimuatnaiknya dalam laman Facebook Isnin lalu.

Pelbagai pesanan dititipkan kepada dua cucunya yang kini masing-masing berusia 6 dan 19 tahun mengenai perjalanan hidup dan dugaan bergelar seorang wanita.

Beliau berpesan agar cucunya membuat pilihan sendiri dan tidak membiarkan orang lain membuat keputusan untuk mereka sebagai wanita nanti.

“Saya mungkin tiada lagi tapi apa yang dikatakan ini masih relevan,” katanya.

Amitabh dalam video tersebut menyatakan intipati surat tersebut ditujukan kepada semua insan yang bergelar cucu di seluruh dunia termasuk wanita.

Netizen terutamanya dari India menganggap surat Amitabh bertepatan dengan masalah keganasan wanita dan ketidaksamarataan jantina yang berlaku di negara itu.

Berikut merupakan terjemahan surat Amitabh Bachchan, daripada teks penuh yang disiarkan dalam The Times of India:

Kalian berdua menggalas warisan berharga pada bahu muda kalian – Aaradhya, warisan moyangmu, Dr. Harivansh Rai Bachchan, dan Navya, warisan moyangmu, Shri HP Nanda.

Kedua-dua moyangmu memberi nama keluarga yang masyhur, bermaruah, dan dikenali.

Kamu berdua mungkin seorang Nanda atau Bachchan, namun kamu juga gadis. Wanita.

Dan kerana kamu wanita, manusia akan memaksa pemikiran kami, dan meletakkan sempadan mereka ke atas kamu.


Mereka akan memberitahu cara kamu harus berpakaian, cara bertindak, siapa yang kamu boleh temui dan tempat yang kamu boleh kunjungi.

Usah hidup dalam bayangan penghakiman orang lain. Buat pilihanmu sendiri dengan disuluh kebijaksanaan.

Usah biarkan sesiapa membuat kamu percaya bahawa panjang pendek kainmu menjadi ukuran keperibadian.

Usah biarkan pandangan sesiapa menentukan siapa yang bakal menjadi sahabatmu.

Usah berumahtangga selain kamu sendiri mahu mendirikannya.

Manusia akan terus berbicara. Mereka akan menutur kata-kata nista. Namun itu tidak bermakna kamu harus mendengar semuanya. Jangan pernah risau apa yang difikir manusia.

Akhirnya, kamu akan menanggung akibat perbuatan sendiri, maka jangan biarkan orang lain membuat keputusan bagi dirimu.

Navya, kelebihan nama keluargamu tidak akan melindungi kamu daripada kesukaran yang bakal dihadapi kerana dirimu wanita.

Aaradhya, kelak kau dapat melihat dan memahami semua ini, barangkali aku sudah tiada. Namun bagiku apa yang kukatakan kini kelak masih berguna.

Mungkin di dunia ini sukar, sukar sekali untuk menjadi wanita. Namun aku percaya wanita seperti kamu akan mengubah semua itu. Barangkali bukan mudah, menetapkan sempadanmu sendiri, membuat keputusan sendiri, dan bangkit mengatasi pandangan manusia.

Namun kamu, kamu yang akan menjadi teladan untuk wanita di mana sahaja.

Lakukan ini dan kamu mencapai sesuatu yang lebih daripada apa yang aku pernah lakukan, dan dengan penuh bangga aku dikenali bukan sebagai Amitabh Bachchan namun sebagai datukmu. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori