Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Jurang Perbezaan Pendapatan Kecil...

KUALA LUMPUR - Bank-bank pusat Asia perlu memperkenalkan dasar dan pembaharuan untuk menangani...

Kiosk Khas Makanan Sarang...

SERDANG - Penggemar makanan berasaskan sarang burung walet berpeluang menikmati sajian premium berkenaan...

Wanita Saudi Dibenarkan Sertai...

RIYADH - Buat pertama kalinya, wanita Saudi dibenarkan membuat permohonan untuk menyertai tentera...

Rakyat Malaysia Di Yaman...

SEPANG - Sebanyak 47 rakyat Malaysia yang dibawa keluar dari Sana'a dan Hodeidah,...

Wartawan Xiamen Media Group`Berlagak’ Dipecat

BEIJING – Seorang wartawan telah dipecat selepas beberapa keping gambar yang memaparkan dia memegang payung sambil menemu bual petugas sukarelawan, telah tersebar di media sosial.

Wartawan terbabit yang tidak dinamakan, berkhidmat dengan Xiamen Media Group.

Gambar itu dirakamkan ketika dia bertugas membuat liputan susulan bencana taufan dahsyat Meranti yang melanda wilayah Fujian pada Isnin lalu.

Temu bual berkenaan dilakukan di tengah jalan dan ketika itu wartawan tersebut turut memakai kaca mata hitam sambil memegang payung, bagi mengelakkan kulitnya `terbakar’ akibat cuaca panas.

Sebaik sahaja gambar berkenaan tersebar melalui media sosial, dia telah dikutuk dengan teruk.

Tindakannya itu dikatakan tidak menghormati petugas sukarelawan terbabit yang sanggup menempuh hujan dan panas semata-mata bagi membantu mangsa bencana terbabit.

Sementara itu, Xiamen Media Group dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa tindakan disiplin telah diambil ke atasnya.


“Pada pagi 20 September, wartawan dari XMTV telah berkelakuan tidak wajar semasa membuat liputan pada program `Pembersihan Rumah di Tong’. Dia gagal menepati standard dan etika kewartawanan.

“Perbuatannya itu telah merosakkan persepsi orang awam terhadap wartawan,” kata kenyataan terbabit.

Taufan Meranti melanda bandar Xiamen pada pada 15 September lalu menyebabkan 1.5 juta penduduknya terjejas kerana tidak mendapat bekalan air manakala 622,000 rumah pula terpaksa bergelap akibat terputus bekalan elektrik. - Agensi

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori