Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Hakim Baharu Akan Dengar...

KUALA LUMPUR ā€“ Kes bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang...

Remaja Dilarikan Polis Palsu...

TEMERLOH - Pelajar perempuan yang dipercayai dilarikan seorang lelaki menyamar polis dari rumahnya...

[BAJET 2023] RM55 Billion...

PETALING JAYA : Bajet 2023 memperuntukkan RM55 billion untuk subsidi, bantuan dan insentif...

Maria Tunggu Permohonan Maaf...

PELAKON Datin Maria Farida menggesa bekas isteri suaminya iaitu Hadijah Mohamed Mokhtar serta...

Waze Papar Suara Tony Fernandes Kemudi Pemandu

KUALA LUMPUR – Aplikasi pengemudian serta trafik masa sebenar, Waze, kini memaparkan ciri unik menggunakan suara Pengasas/Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes bagi membantu penggunanya.

Biarpun lebih sinonim sebagai peneraju syarikat penerbangan tambang rendah itu, sebaliknya di Waze, Fernandes berperanan sebagai jurupandu arah membantu pemandu mengemudi laluan di jalan raya Malaysia.

“Ramai yang bertanyakan saya mengenai perasaan sebagai juruterbang AirAsia. Kini, anda boleh menyelami pengalaman itu dan berinteraksi di udara dengan saya sebagai pengawal trafik udara anda.

“Malah, sepertimana (tugas) pengawal trafik itu, saya juga tidak berani berjanji mengenai kesesakan (yang berlaku). Namun, apa yang saya dapat janjikan adalah membantu anda menggunakan laluan paling cepat dan kurang membosankan,” kata Fernandes dalam satu kenyataan, hari ini.

Sementara itu, Pengurus Jualan Waze Malaysia, Edward Ling berkata pihaknya teruja untuk mengetengahkan ciri suara Fernandes bagi mengemudi ‘Wazers’ atau pengguna kemudahan itu di sepanjang laluan mereka.


“Penggunaan suara itu adalah antara ciri paling popular yang kami paparkan. Malah, usaha menghidupkan satu-satu jenama itu dari perspektif sebagai pemandu adalah satu pengalaman yang menarik.

“Paparan suara Fernandes itu kini menjadikan beliau sebagai pembantu anda bagi sebarang laluan, seolah-olah anda mengemudi pesawat sambil memandu,” kata Ling. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori