Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Jamal Abdillah Mimpi Arwah...

Akhirnya impian Raja Pop untuk mengerjakan ibadah haji terlaksana pada usianya mencecah 55...

Idris Haron Sangkal Dakwaan...

MELAKA - Datuk Seri Idris Haron menyangkal dakwaan sesetengah pihak terutama pembangkang bahawa...

Ali Puteh Mahu Jumpa...

PETALING JAYA - Enggan memanjangkan kontroversi berhubung dakwaan membolot harta peninggalan abang, Allahyarham...

Adik Beradik ‘Pendekar Cangkul’...

DUA beradik 'pendekar cangkul' didenda RM5,000 setiap seorang oleh Mahkamah Majestret Kulai selepas...

Wee Wern Raih Gelaran Skuasy Universiti Dunia

KUALA LUMPUR – Pemain wanita negara, Low Wee Wern menamatkan kemarau gelaran 10 tahun untuk Malaysia di Kejohanan Skuasy Universiti Dunia di Pusat Skuasy Nasional, Bukit Jalil, hari ini.

Wee Wern, 26, mengesahkan pingat emas untuk dirinya selepas menewaskan Tsz Wing Tong dari Hong Kong 11-3, 8-11, 11-3, 11-8 di final, sekali gus menyamai pencapaian Lim Yoke Wah yang turut menjuarai acara perseorangan wanita kejohanan edisi 2006.

Namun impian Malaysia untuk mendapat kejuaraan berganda menerusi Ivan Yuen dalam acara perseorangan lelaki tidak kesampaian apabila tewas kepada Tsz Fung Yip dari Hong Kong yang juga pilihan utama 3-11, 9-11, 4-11.

Wee Wern yang berasal dari Pulau Pinang bermula baik pada set pertama apabila mudah menundukkan Wing Tong 11-3 yang banyak melakukan kesilapan mudah hasil tekanan yang diberikan pemain negara.

Wing Tong bagaimanapun bangkit melakukan lebih banyak asakan dan hasilnya beliau memenangi set kedua dengan 8-11.

Tersentak dengan kekalahan pada set kedua, Wee Wern memperbaiki corak permainannya untuk terus membuat serangan demi serangan dan kembali menguasai perlawanan untuk menang set ketiga dan keempat dalam pertarungan selama 49 minit.

“Perlawanan tadi sungguh sengit dan pada set pertama Wing Tong gagal menemui rentak kerana masih cuba menyesuaikan diri dengan gelanggang.

“Selepas tewas set kedua, saya terus fokus di set ketiga dan keempat untuk memenangi perlawanan hari ini.

“Kemenangan ini bukan hanya untuk diri saya tetapi juga bagi skuad negara yang kali terakhir memenangi acara ini 10 tahun lalu,” kata Wee Wern selepas perlawanan itu.


Sebagai rekod, Wee Wern baru sahaja membuat penampilan semula selepas berehat lama akibat kecederaan dan kali terakhir beliau memenangi kejuaraan ialah di Terbuka China pada 2014.

Ivan pula gagal menemui rentak dan banyak melakukan kesilapan sehingga tewas mudah di set pertama 3-11 dan sokongan padu penyokong turut tidak dapat mengubah nasibnya apabila kalah dua set berikut 9-11 dan 4-11.

“Saya sudah berusaha namun dia (Fung Yip) seorang pemain yang bagus dan juga menduduki ranking yang lebih baik daripada saya.

“Selepas ini saya akan bermain dalam acara berpasukan campuran pula dan akan fokus untuk acara itu,” katanya.

Acara berpasukan campuran akan bermula esok, melibatkan dua perseorangan lelaki dan satu perseorangan wanita.

Kali terakhir skuad berpasukan campuran negara meraih pingat ialah pada 2008 dan 2014 dengan masing-masing mendapat pingat gangsa. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori