Tuesday, January 28, 2025

Creating liberating content

Remaja Maut, Rakan Parah...

SEREMBAN - Seorang penunggang maut manakala rakannya parah apabila motosikal mereka melanggar belakang...

6,075 Kes Baharu COVID-19,...

PUTRAJAYA - Malaysia mencatat 6,075 kes baharu COVID-19, hari ini, iaitu yang tertinggi...

Perhilitan Rampas 4 Ekor...

MELAKA - Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) merampas lima ekor...

Agong Berangkat Hadiri Program...

KOTA BHARU - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V berkenan berangkat menghadiri Program...

Xiaomi Redmi 3S Mula Ditawarkan Di Malaysia

XIAOMI Malaysia hari ini mengumumkan penawaran secara rasmi telefon kelas pertengahan baru mereka di pasaran, Redmi 3S.

Pengumuman itu dibuat di laman Facebook rasmi Mi Malaysia sekitar jam 12 tengah hari tadi, di mana ia bakal dikendalikan pengedar ERA Internation Network dan juga Lazada.

Binaan Redmi 3S ini adalah berasaskan besi sepenuhnya, yang mana membuatkan ia seakan ‘suntikan’ premium berbanding dengan peranti berspesifikasi kelas pertengahan lain.

Hadir dengan skrin 5 inci yang mampu memaparkan imej pada resolusi HD 720p, ia dikuasakan dengan cip pemproses Snapdragon 430.

Xiaomi Redmi 3S Mula Ditawarkan Di Malaysia

Untuk rakaman gambar, Redmi 3S hadir dengan kamera belakang 13-megapixel PDAF, dan turut meletakkan pengimbas cap jari pada bahagian belakang.


Kesemua perkakasan telefon ini dibekalkan bateri sebesar 4100 mAh. Sebanyak dua varian dilancarkan pada hari ini iaitu versi 2GB dengan 16GB storan dan versi 3GB dengan 32GB storan dan pengimbas cap jari pula hanya ada pada varian 3GB.

Tempahan dibuka bermula 17 September ini untuk varian 2GB (RM599) manakala pada 24 September ini, mereka akan mula menjual kedua-dua varian telefon. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori