Thursday, January 30, 2025

Creating liberating content

Tiada Toleransi Jika Seleweng...

PUTRAJAYA - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sekali lagi menegaskan tidak akan bertoleransi...

1,130 Pil Psikotropik Dirampas

Mukah : Lelaki tempatan berusia 32 tahun ditahan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik...

Mahathir Jamin Kekalkan Nama...

KUALA LUMPUR – Kerajaan memberi jaminan nama Malaysia Airlines akan terus dikekalkan sekiranya...

Elyana Tak Kisah Berkaki...

SIAPA yang tak kenal dengan kelincahan penyanyi lagu Kalis Rindu ini apabila dia...

Zika: PM Saran Semua Pihak Ambil Langkah Berjaga

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menasihati semua pihak supaya mengambil langkah berjaga-jaga berikutan kes pertama virus Zika yang dilaporkan di negara hari ini.

“Buat masa ini, semua pihak disarankan mengambil langkah berjaga-jaga dan ikut nasihat Kementerian Kesihatan,” katanya dalam catatan terbaru di Facebook dan Twitter beliau hari ini.

Zika: PM Saran Semua Pihak Ambil Langkah Berjaga

Beliau berkata sekiranya sesiapa yang mengalami tanda-tanda Zika seperti sakit kepala, konjunktivitis, demam ringan, ruam kelesuan dan sakit sendi, segeralah ke klinik kesihatan atau hospital berhampiran untuk rawatan.

“Kerajaan sedang pantau status Zika di Malaysia,” kata perdana menteri.


Kementerian Kesihatan hari ini mengesahkan seorang wanita berusia 58 tahun yang menetap di Bandar Botanic, Klang, Selangor positif dijangkiti virus Zika, dan disyaki mendapat gejala itu semasa berkunjung ke Singapura. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori