Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Video Haziq Muncul Dalam...

KUALA LUMPUR - Selepas tular dua klip video seks sejenis Ketua AMK Santubong,...

Safiq Rahim Tinggalkan JDT

KUALA LUMPUR - Spekulasi mengenai kedudukan Safiq Rahim bersama Johor Darul Ta’zim (JDT)...

Siasatan Kebakaran HSA Dijangka...

JOHOR BAHRU - Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam menjelaskan pihaknya akan...

Nenek Disiasat, Jual Patung...

IA kelihatan seperti seorang bayi yang sedang nyenyak tidur, namun sebenarnya ia adalah...

Zika: Rakyat Malaysia Tidak Dilarang Ke Singapura, Filipina

IPOH – Kementerian Kesihatan tidak bercadang mengeluarkan larangan perjalanan masuk-keluar Singapura dan Filipina berikutan penularan virus Zika sekarang.

Menteri berkenaan Datuk Seri Dr. S.Subramaniam berkata larangan itu merupakan satu tindakan drastik yang dilihat boleh menimbulkan isu-isu sosial berikutan ramai rakyat Malaysia bekerja di Singapura.

“Susah untuk dilaksana (larangan) kerana lebih 200,000 rakyat Malaysia ulang alik dari Johor Bahru ke Singapura setiap hari kerana bekerja,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan bengkel pelajar mengenai keusahawanan, kepimpinan dan patriotisme di sini, hari ini.

Terdahulu, Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid dalam sidang media di Kota Tinggi, Johor hari ini berkata pihaknya mengarahkan sekolah-sekolah seluruh negara tidak mengadakan lawatan belajar ke Singapura dan Filipina buat sementara waktu bagi mengelakkan jangkitan virus Zika.

Dr. Subramaniam berkata walaupun tiada arahan perjalanan dikeluarkan, namun rakyat Malaysia yang ingin melawat kedua-dua negara itu dinasihat supaya sentiasa berwaspada terutama jika mengalami simptom jangkitan termasuk demam.

“Pengetahuan rakyat di dalam perkara ini (Zika) memang tinggi tetapi penterjemahan dalam budaya kehidupan adalah satu isu yang belum boleh dikatakan memuaskan,” katanya.


“Harapan saya, dengan peningkatan tentang kesedaran penyakit ini, rakyat melakukan aktiviti membasmi tempat-tempat pembiakan nyamuk Aedes untuk mengurangkan penularan Zika,” katanya.

Setakat semalam, jumlah kes Zika yang disahkan di seluruh negara adalah sebanyak empat dengan yang terbaharu dikesan pada 7 September lepas di Johor Bahru. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori