Saturday, November 23, 2024

Creating liberating content

KTMB Lancar Tren Shuttle...

KUALA LUMPUR - Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan memulakan perkhidmatan tren ulang...

Pahang Rancakkan Sektor Agro-Pelancongan

KUANTAN - Kerajaan negeri Pahang akan merancakkan lagi sektor agropelancongan di beberapa kawasan...

Biar Majikan Rogol, Liwat...

SEORANG wanita membiarkan majikannya merogol seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun berulang kali,...

Zlatan Ibrahimovic Boleh Kekal...

BERITA baik kepada peminat Manchester United apabila Jose Mourinho akan mempertimbangkan untuk menawarkan...

Zika: Sekolah Dilarang Lawat Singapura, Filipina

KOTA TINGGI – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengarahkan agar semua sekolah di seluruh negara tidak mengadakan lawatan belajar ke Singapura dan Filipina buat sementara waktu bagi mengelakkan penyebaran virus Zika.

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata arahan itu dikeluarkan ketika Mesyuarat Profesional KPM bertarikh 1 September 2016 yang menyebut sekolah tidak dibenarkan mengadakan lawatan sambil belajar ke negara yang dikenal pasti ada jangkitan virus Zika.

“Kita telah membuat larangan dan beri surat kepada semua jabatan, pejabat pendidikan daerah (PPD) dan sekolah supaya kalau boleh lawatan-lawatan ke Singapura dan Filipina pada waktu ini ditangguhkan sebab virus Zika yang sedang dialami negara berkenaan,” kata beliau kepada pemberita di Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Habab, di sini hari ini.

Beliau berkata arahan larangan itu berkuat kuasa serta-merta dan akan diteruskan sehingga Kementerian Kesihatan dapat memberi laporan terkini mengenai virus Zika.

Beliau berkata dalam larangan itu turut dinyatakan kesan-kesan virus Zika terhadap kanak-kanak dan ibu mengandung supaya dapat memberi penerangan kepada semua.

Mahdzir berkata demikian ketika mengulas mengenai Jabatan Pendidikan Negeri Selangor yang mengeluarkan arahan agar sekolah-sekolah di negeri itu tidak mengadakan lawatan ke negara-negara berkenaan.

Selain itu, memandangkan cuti sekolah akan tiba, KPM juga mengarahkan agar pihak pengurusan sekolah memastikan kebersihan kawasan sekitar sekolah terpelihara daripada menjadi pembiakan nyamuk Aedes.

“Kita juga keluarkan pekeliling arahan kepada semua kawasan zon persekolahan dan PPD supaya dibuat pembersihan sama ada oleh syarikat ataupun dalam bentuk gotong-royong bersama ibu bapa supaya sekolah-sekolah tidak menjadi sarang nyamuk Aedes,” kata Mahdzir, yang sebelum itu merasmikan persidangan perwakilan UMNO Bahagian Tenggara.


Turut hadir Ketua UMNO Bahagian Tenggara, Datuk Dr. Adham Baba yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Pasir Raja dan Anggota Parlimen Tenggara, Datuk Halimah Mohamed Sadique yang juga Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Dalam perkembangan lain, Mahdzir berkata KPM akan melihat kesesuaian penubuhan sekolah Bangsa Johor seperti yang dicadangkan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Buat masa ini, katanya, terdapat tujuh jenis sekolah yang diwujudkan di bawah Akta Pendidikan 1961 iaitu sekolah kebangsaan, sekolah vernakular, sekolah jenis kebangsaan, sekolah menengah agama, sekolah mubaligh, sekolah swasta dan sekolah antarabangsa.

Beliau berkata, jika sekolah Bangsa Johor mahu diwujudkan, ia perlu diteliti untuk dikategorikan jenis sekolah berkenaan.

Baru-baru ini, Tunku Ismail menerusi kenyataan baginda dalam Facebook Johor Southern Tigers, mahu menghapuskan sekolah berlandaskan kaum di negeri Johor bagi menyatupadukan rakyat Malaysia yang terdiri daripada Melayu, Cina dan India, serta mahu menggantikannya dengan sekolah Bangsa Johor. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori