Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Hentikan Kempen Hina Etnik...

JAKARTA - Perhimpunan Pemuda Bugis Makassar Indonesia (PPBMI) berharap anggota politik tertentu di...

Akim Ahmad, Stacy Sah...

BARU-baru ini memang ada desas-desus yang menyatakan penyanyi Akim Ahmad dan Stacy bakal...

Isu kalimah Allah: Guan...

GEORGE TOWN - Kenyataan Ketua Menteri Lim Guan Eng bahawa orang bukan Islam...

SENIMAN Saran Artis Lapor...

KUALA LUMPUR - Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN) menyarankan para artis dan penggiat seni...

Zizan Mahu Jadi Pelumba Bertaraf Antarabangsa

PELAKON dan pelawak, Zizan Razak selain mempunyai minat yang mendalam dalam industri seni hiburan, dia juga meminati sukan permotoran.

Anak jati Terengganu ini meminati arena permotoran sejak dari kecil lagi, bermula dengan sukan Go-Kart, kini mengembangkan minatnya itu untuk bergelar pelumba kereta profesional pula.

Zizan Mahu Jadi Pelumba Kereta Bertaraf Antarabangsa

Zizan Mahu Jadi Pelumba Kereta Bertaraf Antarabangsa

Bagaikan orang mengantuk disorongkan bantal, impian bergelar pelumba jadi kenyataan apabila terpilih sebagai pelumba selebriti rasmi pasukan Mayhem Motorsports dengan kerjasama Prince Lubricants sempena Malaysian Speed Festival 2016.

Selain itu, pelakon ini juga akan berentap dalam satu perlumbaan di Sepang 1,000km Endurance Race bermula semalam hingga 4 September ini anjuran Sepang International Circuit Sdn. Bhd.


“Saya akui sukan permotoran ini memang berbahaya dan berisiko tinggi. Namun, ia bukan halangan untuk memberikan yang terbaik pada musim perlumbaan kali ini.

“Saya juga menaruh harapan untuk mencapai sasaran dalam perlumbaan kali ini. Buat masa ini, kami juga giat berlatih dalam satu pasukan dengan bimbingan jurulatih,” katanya.

Bagaimanapun, menurut Zizan, dia kini ingin menimba pengalaman beraksi di dalam negara dahulu sebelum mengimpikan beraksi di litar antarabangsa. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori