Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Kerajaan Myanmar Siasat Kes...

RAKHINE - Pihak berkuasa Myanmar telah membuka kertas siasatan terhadap insiden membabitkan anggota...

Polis Tahan Lelaki Bersama...

JOHOR BAHRU - Polis menahan seorang lelaki di sekitar kawasan Ulu Tiram, di...

Muhammad Adib Tidak Lagi...

KUALA LUMPUR - Muhammad Adib Mohd Kassim, anggota bomba yang cedera parah selepas...

Polis Pulau Pinang Bertindak...

BUKIT MERTAJAM - Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi, berkata beliau...

Zulfadli Zulkifli Mara Ke Final Terbuka Brazil

KUALA LUMPUR – Pemain perseorangan profesional, Zulfadli Zulkifli seharusnya tidak melepaskan peluang terbaik bagi meraih gelaran antarabangsa pertama di peringkat senior selepas mara ke final Terbuka Brazil, awal pagi tadi.

Bekas juara remaja dunia 2011 itu akan membuat perhitungan dengan pemain India, Anand Pawar di pentas final, malam ini.

Terdahulu, pemain berusia 23 tahun itu yang turun sebagai pilihan pertama mara selepas mencatat kemenangan ke atas pemain tuan rumah, Ygor Coelho De Oliveira 21-18, 24-22 dalam aksi separuh akhir yang berlangsung selama sejam 12 minit.

“Saya tidak mahu fikir mengenai permainan lawan saya di final (Pawar) kerana saya mahu lebih fokus terhadap persiapan diri sendiri. Saya akan buat yang terbaik untuk final kali ini,” kata Zulfadli ketika dihubungi sejurus tamat perlawanan awal pagi tadi.

Sebagai rekod, Zulfadli yang dilatih bapanya sendiri, Zulkifli Sidek belum pernah menjuarai mana-mana kejohanan antarabangsa sejak beralih ke peringkat senior.


Pawar yang juga pilihan keempat mara ke final selepas menewaskan wakil Israel, Misha Zilberman 18-21, 21-14, 21-12.

Jika berjaya menjuarai Terbuka Brazil kali ini, Zulfadli bakal menyamai pencapaian juara dunia lima kali dan pemenang pingat emas Olimpik dua kali, Lin Dan yang turut pernah menjuarai kejohanan berkenaan pada edisi tahun lalu. – BHarian Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori