PAKISTAN – Sekurang-kurangnya seorang terkorban dalam serangan militan ke atas sebuah akademi polis di barat daya Pakistan manakala jumlah mereka yang cedera meningkat kepada 84 orang semalam, kata pegawai kanan kesihatan.
“Jumlah mereka yang cedera meningkat kepada 84, 10 daripada mereka parah dengan kesan tembakan dan bom,” kata Noor-ul-Haq Baloch.
“Seorang pegawai polis cedera ketika dalam perjalanan ke sebuah hospital selepas dibawa dari tempat kejadian,” katanya. – AFP/BH Online