Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Kementerian Kewangan Tangguh Pelaksanaan...

KUALA LUMPUR: Kementerian Kewangan hari ini mengumumkan penangguhan tarikh kuat kuasa tiga duti...

Peminat Iceland Bawa Semangat...

VOLGOGRAD - Berbekal semangat Viking, dua peminat Iceland mengembara sejauh 5,000 kilometer dengan...

Tomok Timang Anak Kedua,...

SEKALUNG tahniah diucapkan buat Tomok dan isteri, Siti Rahayu Abas yang selamat menimang...

Projek Rumawip ‘Bermasalah’ Akan...

KUALA LUMPUR – Projek Rumah Mampu Milik Wilayah Persekutuan (Rumawip) yang didakwa dilaksanakan...

Seorang Maut Letupan Bom Di Taman Rekreasi Jepun

BEBERAPA letupan bom tercetus di sebuah taman rekrasi di Utsunomiya, Jepun mengakibatkan seorang terbunuh manakala tiga lagi cedera parah.

Menurut laporan BBC, letupan dipercayai berlaku pada jam 11.30 pagi tadi waktu tempatan.

Stesen penyiaran Jepun, NHK World turut memaparkan gambar memaparkan dua buah kereta yang diletakkan berhampiran tempat letupan itu musnah terbakar.

Setakat ini, pihak berkuasa masih belum dapat menangkap individu yang mencetuskan letupan tersebut.

Sebuah festival yang meraikan budaya tradisional Jepun yang diadakan berhampiran taman tersebut turut dicemari dengan salah satu letupan yang didengari saksi.

Seorang saksi berkata dia mendengar bunyi letupan yang sangat kuat dan bau serbuk senjata api yang melatari kawasan kejadian.


1 Terbunuh Letupan Di Taman Rekreasi Jepun

Menurut kamera litar tertutup di sebuah stesen kereta api Utsunomiya, kedengaran tiga kali letupan iaitu yang pertama pada jam 11.31 pagi, kedua 11.32 pagi dan yang ketiga, letupan paling kuat didengari berlaku 15 saat selepas itu.

Pihak polis telah menyekat akses orang ramai ke tempat kejadian dan masih menyiasat siapa dalang di sebalik insiden tersebut. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori